Topik : Ms Project 2007
Level : Beginner
Tutorial ini menunjukkan langkah asas yang digunakan untuk memulakan Ms Office Project 2007.
LANGKAH 1
Sebelum kita menggunakan Ms Office Project ini, kita setkan Project Information untuk pengurusan projek anda. Pilih Project > Project Information.
LANGKAH 2
Paparan tetingkap Project Information akan dibuka. Anda dikehendaki menentukan tarikh permulaan – Start Date dan tarikh akhir – End Date projek anda. Ini bagi memudahkan Ms Office Project memaparkan Scaleline masa untuk dipadankan dengan pengurusan masa projeka anda.
Langkah 3
Sekarang kita setkan dahulu pandangan / View pada Timeline untuk memudahkan kita melihat secara keseluruhan projek kita. Pastikan cursor anda berada pada atas Timeline untuk mengedit seperti ada rajah Langkah 3 (Garisan Merah).
Langkah 4
Klik kanan pada tetikus / mouse untuk mengedit Timeline projek anda dan pilih Timescale.
Langkah 5
Paparan Timescale akan terbuka. Di sini anda boleh menentukan Units iaitu ukuran masa pada Timescale. Ini bergantung pada skala masa pengurusan projek anda sama ada mengikut mingguan, minggu ke3 setiap bulan, suku tahunan dan tahun.
Possibly Related Posts:
- Tutorial 6: Fungsi Matematik – Advance
- Tutorial 5: Membuat Penomboran Automatik
- Cara Masukan Teks ke dalam Kekotak Teks – PowerPoint Tip 02
- Cara Mencipta Satu Fail Baru – PowerPoint Tip 01
- Tutorial 4 : Fungsi Mathematik













minta tunjuk ajar asas ms acess 2007 untuk project