
Apple telah mula mengedarkan MacBook Pro berwajah baru dengan rekaan “unibody” kemasan aluminium. Komputer riba ini mula diperkenalkan di Macworld Expo, San Francisco, Januari 2009.
Ciri baru MacBook Pro 17 inci lebih ringan dan nipis dari versi sebelumnya. Ini menjadikannya komputer riba yang paling ringan dan nipis bersaiz 17-inci di pasaran pada masa kini. Beratnya 6.6 pound atau 2.99 kg dan tebal kurang dari 1 inci. Di US harganya bermula dari US$ 2,799.00. Sehingga hari ini Apple Malaysia belum mengumumkan harga jualannya.
“Penghantaran Apple ini tertangguh dari jadual asalnya pada penghujung Januari”…kami sekarang menjangkakan penghantaran bermula pada pertengahan Februari” kata jurucakap Apple di Macworld.
Komputer riba 17 inci baru ini dipasang dengan Intel Core 2 Dua processor, 2.66GHz, 4GB RAM, Nvidia GeForce 9400M grafik dan GeForce 9600MT grafik dedicated. 320GB cakra liat dan pemacu DVD SuperDrive
Model 17 inci ini juga mempunyai skrin 1920 x 1200 pixel LED dan Mini DisplayPort untuk menghubung dengan skrin seperti Apple’s LED Cinema Display. Ia mengekalkan Fire Wire 800 port dan terdapat tiga USB 2.0 port, ExpressCard3/4 slot dan Gigabit Ethernet port
Tidak seperti model terdahulu, penjelmaan semula MacBook 17 inci ini tidak mempunyai bateri mudah alih - bateri siap pasang. Menurut Apple, bateri baru ini 40 peratus lebih besar dari model generasi sebelumnya. Selepas di caj, bateri boleh tahan sehingga ke 8 jam Tambahan lagi, bateri ini boleh di caj semula sehingga 1000 kali berbanding 200 atau 300 kali bagi bateri komputer riba biasa.
Possibly Related Posts:
- 5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular
- Google Voice - Gmail Peti Pesanan Suara
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia
- Menulis dan Menjana Pendapatan di Atas Talian.
- Awas, Selamatkan Data Anda!








great news… this new macbook will be in my next purchases planned for next week.. after using iPhone… i’m now a big fan of Apple ….