Berikut adalah 20 kerjaya sebahagian daripada 50 kerjaya yang paling popular di dunia pada masa kini. Seperti artikel terdahulu, ini disusun mengikut abjad dan bukan popularitinya.
11. Juruteknik Rangkaian
- Bertanggungjawab menyelenggarakan semua perkakasan rangkaian seperti modem, hub, router, kabel dan pengkabelan
12. Jurutera Perisian
- Membangun, mereka bentuk, menyelenggarakan dan melaksanakan perisian.
- Konfigurasi pengekodan, pembangunan dan mendokumenkan perisian melalui kitaran projek.
- Mengurus pelaksanaan sistem dalam masa yang di perlukan dengan tepat
13. Jurutera Rangkaian
- Memastikan rangkaian komunikasi sentiasa dalam keadaan baik, terancang, dan sempurna.
- Merancang reka bentuk, dan pembangunan LAN,WAN bagi keseluruhan organisasi
- Terlibat dalam pemasangan, pemantauan, penyelenggara, sokongan dan mengoptimumkan seluruh peralatan rangkaian
14. Jurutera Sistem
- Merancang, membangun dan melaksanakan sistem aplikasi di organisasi
- Memastikan keberkesanan,m kestabilan, dan integriti operasi sistem terjamin dan boleh menyokong fungsi utama organisasi
15. Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
- Jawatan tertinggi dalam bidang ICT dalam sesebuah organisasi
- Bertanggungjawab kepada keseluruhan perancangan strategik ICT organisasi
- Memastikan organisasi sentiasa kompetitif dalam busines berbentuk ICT
16. Ketua Pegawai Teknologi (CTO)
- Bertanggungjawab secara keseluruhan bagi teknologi ICT organisasi
- Memastikan visi teknologi adalah selaras dengan visi busines dengan memberi nasihat kepada organisasi supaya mengguna pakai teknologi tertentu
17. Naib Presiden ICT
- Pengurusan atasan syarikat yang bertanggungjawab dalam soal-soal ICT. Lebih kurang jawatan seorang CIO.
18. Operator CAD
- Menyediakan lukisan lukisan, rajah, dan domumen CAD yang kompleks menggunakan perkakasan dan perisian CAD
19. Pakar Integrasi Aplikasi
- Bertanggungjawab dalam soal integrasi di antara sistem aplikasi dalam organisasi ataupun antara organisasi
- Merancang, mengkoordinasi dan menyelia kerja berkaitan integrasi
20. Pembangun Laman Web
- Mereka bentuk dan membangunkan laman web organisasi.
- Melakukan integrasi dengan aplikasi lain
- Memindah data dari sistem legasi dan melaksanakan operasi harian laman web dan portal
21. Pembangun Pangkalan Data
- Mereka bentuk dan melaksana pangkalan data bagi keseluruhan organisasi
- Memastikan kesediaan data bagi semua aplikasi
- Menentukan piawaian dan model serta seni bina pangkalan data
- Memberi khidmat nasihat dalam menilai dan memilih komponen teknologi serta perisian, perkakasan, rangkaian yang berkaitan dengan pangkalan data
22. Penganalisis Antara Muka Pengguna
- Mendapatkan keperluan pengguna
- Membangun dan melaksana sistem antara muka
- Menghasilkan sistem prototaip antara muka grafik (GUI), borang-borang dan aplikasi
23. Penganalisis Keperluan Busines
- Penganalisis keperluan bisnes, menyokong reka bentuk dan pelaksanaan kemajuan pembangunan aplikasi.
24. Penganalisis Proses Bisnes
- Bertanggungjawab menilai dan merancang aspek operasi terhadap bisines. Ini termasuklah proses, struktur dan budaya organisasi dan sumber-sumber
25. Penganalisis Sistem Bisnes
- Menjalankan kajian, membangun dan melaksana pelan pembangunan, polisi dan tatacara dan memberi nasihat mengenai isu-isu tertentu
26. Penganalisis Sokongan Aplikasi
- Memberi sokongan kepada pengguna berkaitan denagn cara penggunaan pelbagai perisian dan aplikasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organasasi.
- Bertanggungjawab dalam membantu mereka bentuk, menyelia dan melaksana aplikasi dalaman organisasi
27. Pengarah ICT
- Ketua bahagian ICT dalam sebuah organisasi
- Bertanggungjawab membawa bahagian ataupun jabatan ICT setaraf dengan lain-lain jabatan atau bahagian. Ini termasuk pengurusan sumber manusia, perkakasan, perisian dan juga bajet kewangan
28. Pengatur Program Komputer
- Menulis program komputer bagi kegunaan pelbagai aplikasi dalam organisasi
29. Pengatur Program Komputer/ Juruanalisis
- Menulis program dan membuat kajian keseluruhan.
- Jawatan kanan pengatur program komputer
30. Penguji Aplikasi Perisian Sistem
- Membuat ujian terhadap sistem aplikasi yang sedang dibangunkan
- Menyediakan data ujian, menyemak pelan ujian dan melaksanakan ujian sistem
20 lagi kerjaya popular di dunia, akan di nyatakan dalam siri akhir yang akan datang. Anda juga boleh mendapat maklumat lanjut dari buku berjudul Kerjaya dalam Bidang ICT, tulisan Muhammad Ali, terbitan PTS profesional - www.pts.com.my atau terus beli atas talian di www.bookcafe.com.my
Possibly Related Posts:
- 5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular
- Google Voice - Gmail Peti Pesanan Suara
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia
- Menulis dan Menjana Pendapatan di Atas Talian.
- Awas, Selamatkan Data Anda!









Assalamulaikum/Salam Sejahtera buat anda yang budiman,
Jadilah Reseller Produk Danaraya.com, sebagai mesin jana pendapatan anda pada hari ini yang sangat bermakna cuma dengan modal RM5 sahaja.
Ciri-ciri Hebat Danaraya.com
Hanya RM 5.00, sesiapa pun mampu
100% komisyen milik anda
Tanpa melalui akaun bank admin
Komisyen terus ke akaun bank anda
Terima SMS duit dah masyuk!!
Klik url ini utk maklumat seterusnya MUDAH, CEPAT, BERKESAN
http://www.danaraya.com/?id=kenakboy