Pengenalan
Adobe Flash boleh gunakan dalam pelbagai kandungan grafik dan animasi. Anda boleh gunakan Flash dalam mencipta pelbagai elemen grafik yang menarik, asalkan anda tahu memilih alat yang sesuai dengan tugasan.
Dalam tutorial ini, kami akan menunjukkan bagaimana mencipta “Glossy Button” yang digunakan dalam Photoshop. Apa yang anda perlukan ialah Adobe Flash CS3 profesional.
Untuk menyiapkan tutorial ini, anda perlu mengetahui bagaimana menggunakan Adobe Flash CS3 yang asas.
Anda boleh mencipta kesan kilauan ini dalam pelbagai stail. Lihat bagaimana mencipta salah satu stail seperti dalam (figure01)
Figure01. Contoh Butang Berkilau Stail Vista
Untuk mencipta kesan kilauan, anda hanya perlu lakukan beberapa langkah:
Langkah 1:
Buka satu dokumen baru dalam Flash
Langkah 2:
Cipta satu bentuk empat segi tepat dengan bucu bulat dan berkecerunan warna sebagaimana boleh dilihat dalam figure02.
Figure02. Cipta satu butang segi empat tepat dengan kecerunan warna (gradient color)
Langkah 3:
Di atas satu lapisan baru, cipta satu lapisan warna putih nipis (cipta warna putih dengan alpha 50% dari panel warna). Ia bertindak sebagai refleksi bahan berkilau. Letakan di atas segi empat tepat dan tukarkan kepada simbol klip movie.
Langkah 4:
Gunakan filter “blur” kepada bahagian empat segi tepat untuk menghasilkan kesan kilauan
Langkah 5:
Tambahkan satu lagi salinan segi empat tepat di bahagian bawah butang dan gunakan klip movie alpha 50% dari menu “color drop-down” dalam panel “properties”
Langkah 6:
Tambah teks yang anda kehendaki dan pratonton hasilnya
Apa yang anda boleh buat selepas ini
Adobe Flash boleh membantu anda mencipta pelbagai stail dan kesan. Cubalah pelbagai stail berpandukan tutorial di atas.
Possibly Related Posts:











