Gunakanlah papan kekunci anda dengan cara paling efektif!
Terdapat banyak cara bagaimana anda boleh memudah serta mempercepatkan kerja, menggunakan komputer. Cubalah beberapa jalan pintas pada papan kekunci di sini.
Dalam Windows Explorer
1. Windows E – Buka Windows Explorer
2. Windows R – Buka Kotak Dialog
3. Windows U – Buka Utility Manager
4. Windows D - Buka Desktop
5. Windows F or F3 – Buka Carian Tetingkap
6. Windows L – Mengunci Komputer
7. Windows M – Minimise Semua
8. Windows B – Fokus papan kekunci pada bar gelintar
Dalam Pelayar Internet
1. Buka satu tab baru dengan Ctrl T
2. Buka Satu tetingkap baru dengan Ctrl N
3. Tekan Alt D untuk memilih alamat laman web dalam bar alamat.
4. Tekan F4 untuk lihat web terkini yang anda lawati dalam bar alamat (Dalam Internet Explorer sahaja)
Dalam Aplikasi
1. Buat teks tebal dengan Ctrl B, perkataan condong dengan Ctrl I, dan perkataan bergaris dengan Ctrl U (Ini tidak boleh digunakan dalam Notepad)
2. Gunakan Home atau End untuk kembali ke pangkal atau penghujung dalam satu ayat. Untuk kembali ke pangkal atau penghujung dokumen tekan serentak Ctrl
3. Untuk menukar saiz fon, pilih perkataan dan tekan Ctrl> atau Ctrl <. (Ini tidak boleh digunakan dalam Notepad)
4. Untuk menyimpan satu dokumen, tekan Ctrl+S. Boleh digunakan dalam kebanyakan aplikasi termasuk Microsoft Word dan Notepad
Lain-lain
1. Ctrl A – Pilih Semua
2. Ctrl C - Salin
3. Ctrl X - Potong
4. Ctrl V – Pes
5. Ctrl Z – Buat asal
6. Ctrl Y – Buat semula
Possibly Related Posts:
- Bagaimana Membeli sebuah Netbook
- Bagaimana Membeli Sebuah Komputer Riba
- Kumpulan Penggodam Komputer “Hacker” Menyerang Syarikat Keselamatan








