Tujuan tutorial ini adalah untuk membersihkan bintik-bintik dan calar-calar yang terdapat pada gambar dibawah.

1. Buka gambar yang lama anda yang mempunyai bintik-bintik dan calar-calar yang terdapat pada gambar

2. Klik “Clone Stamp” di Tools Palette yang berada di sebelah kira screen Photoshop anda
3. Posisikan “Clone Stamp” di sebelah kesan calar (bukan pada kesan calar)
4. Tekan “ALT” atau “Option”(untuk pengguna Mac) dan jangan lepaskan sehingga anda Klik Tetikus sekali
5. Lepaskan semua butang (ALT, mahupun Tetikus)
6. Posisikan “Clone Stamp” di atas kesan calar dan Klik Tetikus sekali
(perhatikan kesan-kesan calar tersebut; pixels di sebelah kesan calar-calar itu telah menutup kesan-kesan calar tersebut)
7. Ulangi langkah-langkah 4 hingga 6 sehingga semua kesan-kesan calar hilang.
Selamat Mencuba


Possibly Related Posts:







