Tiada pihak yang akan terselamat sepenuhnya dari penggodam komputer atau “hacker”. Baru-baru ini dilaporkan kumpulan ini menyerang beberapa syarikat keselamatan ternama.
Pada hujung bulan Januari 2009, syarikat Kaspersky telah diserang. Pihak syarikat telah menafikan kesan buruk di atas serangan tersebut. “Kumpulan penggodam ini hanya melepasi kepada jadual nama data dan bukan data sebenar” Laporan ini juga menyebut, serangan juga dilakukan ke atas Bitdefender.
Terbaru, F-Secure mengatakan mereka juga telah diserang atas beberapa kelemahan dalam database berkaitan dengan laman web yang mengumpul statistik malware. SQL injection digunakan untuk input database bagi menambah arahan SQL.
Menurut F-Secure, kumpulan penggodam ini adalah kumpulan yang sama melakukan siri serangan, sehingga ini mereka boleh membaca data tetapi tidak berjaya untuk memanipulasikannya. Kumpulan ini seolah-olah terdiri dari meraka yang sangat berpengalaman dalam bidang keselamatan: mereka telah berjaya masuk ke dalam database tetapi sistem keselamatan yang ada berjaya memberhentikan mereka setakat itu sahaja.
Possibly Related Posts:
- Bagaimana Mendapat Pensijilan Cisco (Cisco Certification Program)
- 5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular
- Google Voice – Gmail Peti Pesanan Suara
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia
- Menulis dan Menjana Pendapatan di Atas Talian.








