MySpece telah mendedahkan perjanjian yang baru sahaja di laksanakan semalam, Khamis 19/02/2209 dengan Palm dan Nokia. Dengan perjanjian ini, mereka menyatakan, MySpace kini menjadi rangkaian sosial pertama yang boleh menyokong semua smartphone.
MySpace menjangkakan tidak berapa lama lagi, separuh dari trafiknya akan datang dari telefon bimbit. berbanding hanya 15 peratus sahaja sekarang. Ini di tambah dengan usaha mereka mengubah suai laman WAP supaya boleh memuat naik foto serta memberi wajah baru.
“Secara amnya Myspace telah menjadi alat perhubungan penting untuk generasi masa kini, maka tidak hairan jika pengguna mahu keupayaan mudah alih dipertingkatkan” kata John Faith, Naib Presiden dan Pengurus Besar MySpace Mobile. Tambahnya lagi “Sosial berlaku apabila anda berada bersama rakan taulan anda”
Dalam tempoh 18 bulan yang lepas, Facebook dan MySpace.bertindak agrasif dengan melibatkan diri bersama iPhone, BlackBerry dan pelbagai mobil aplikasi lain. Sehingga kini persaingan tersebut berterusan.
Possibly Related Posts:
- 5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular
- Google Voice – Gmail Peti Pesanan Suara
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia
- Menulis dan Menjana Pendapatan di Atas Talian.
- Awas, Selamatkan Data Anda!








