Tujuan tutorial ini adalah memperkenalkan MAGIC ERASER yang mampu mengembalikan warna gambar yang telah ditukarkan menjadi hitam putih.

Langkah 1:
Buka Gambar kegemaran anda seperti gambar di atas.
Langkah 2:
Tekan pada menu Image–> Adjustment –> Desaturate
(Gambar anda akan bertukar menjadi hitam dan putih)
Langkah 3:
Pada Toolbox di sebelah kiri skrin anda, klik sekali pada Eraser Tool

Langkah 4:
Pastikan anda memilih saiz berus yang sesuai dan jenis berus yang “hardness”nya pada tahap yang sesuai(bukan 100%)
Langkah 5
Tekan Butang “ALT” atau “OPTION” (untuk Mac) pada Keyboard anda dan jangan lepaskan ; kemudian posisikan penunjuk tetikus anda pada tempat yang anda hendak warnakan semula ke warna asal gambar tersebut. Apabila siap mewarnakan kawasan tersebut, anda boleh lepaskan butang “ALT”.
Hasil daripada langkah-langkah diatas, anda akan mendapat hasil seperti dibawah.
Gambar asal:

Selepas:

Possibly Related Posts:







