Dalam Tutorial pertama, anda telahpun mencipta satu fail baru. Sekarang anda bolehlah mula mencipta teks didalamnya.
Tutorial ini menunjukan anda bagaimana menaip teks di dalam kekotak teks
Terdapat beberapa langkah;
1. Buka fail PowerPoint anda
2. Klik bebutang Office untuk melihat menu
3. Klik pada kekotak teks, dan mulalah menaip teks anda dalam kekotak tersebut “Selamat Mencuba”
4. Seletah anda siap menulis “Selamat Mencuba” anda boleh keluar dari kekotak teks dengan mengklik dimana-mana ruang dalam slid.
5. Sekarang PowerPoint telah memasukkan teks yang anda taip ke dalam slid.
6. Ulangi langkah yang sama untuk menaip teks di dalam kekotak seterusnya
7. Klik pada kekotak teks kedua dan mula menaip, “PowerPoint 2007″
8. Keluar dari kekotak dengan mengklik didalam mana-mana ruang slid
9. Sekarang anda telah menyiapkan satu muka surat slid.
Selamat mencuba!
Possibly Related Posts:









