Menggunakan PowerPoint telah terbukti sebagai satu cara yang paling berkesan dalam membuat persembahan. Semakin hari PowerPoint digunakan dengan luasnya oleh kakitangan sebuah organisasi.
Menyedari kepentingan ini, kami menyediakan satu siri tutorial PowerPoint menerangkan bagaimana anda boleh menggunakan PowerPoint dengan efektif. Kami akan tunjukan langkah demi langkah bermula dengan bagaimana mencipta satu dokumen atau fail PowerPoint. Semoga tutorial PowerPoint ini boleh memantapkan persembahan anda .pada masa hadapan
Sebagai permulaan, mari kita lihat bagaimana cara mencipta satu fail baru PowerPoint.
Perhatikan beberapa langkah mudah di sini,
1. Buka tetingkap PowerPoint anda.
2. Klik bebutang Office untuk pamirkan kekotak dialog.
3. Klik bebutang New.
4. Seterusnya klik pada bebutang Blank Presentation, diikuti dengan klik bebutang Create dan lihat hasilnya
Sekarang anda sudah bersedia untuk memulakan explorasi PowerPoint anda.
Selamat mencuba!
Possibly Related Posts:










