Tutorial ini akan memperkenalkan fungsi “Text Wrap”. Dengan menggunakan fungsi ini, anda tidak perlu bimbang yang teks pada dokumen anda akan di tutup oleh objek yang dilukis atas teks tersebut. Susunan teks akan secara otomatik mengelakkan objek daripada menutup sebahagian daripada teks dibawahnya.
Andaian: Anda telah mengetahui cara memasukkan teks.
Langkah 1
Masukkan teks anda dan lukis sebuah bulatan berwarna merah seperti di bawah.

Langkah 2
Aktifkan bulatan merah ini. Klik pada menu Object — Text Wrap –> Make

Langkah 3
Alihkan Bulatan merah ini supaya ianya bertindih diatas teks seperti di bawah

Nota: Anda akan nampak bahawa teks yang sedia ada akan secara otomatik mengelak daripada di tutup objek merah itu.
Selamat mencuba
Possibly Related Posts:







