Google akhirnya berjaya melancarkan Google Voice setelah 2 tahun lewat dari jadual asalnya. Usaha ini bermula semenjak tahun 2007 apabila Google mengambil alih Grandcentarl, sekarang dikenali sebagai Google Voice. Ia telah sedia untuk di pratonton oleh pelanggan Grandcentral dan sebilangan kecil mereka yang dipelawa menyertai pratonton ini.
Perkhidmatan ini banyak persamaan dengan Gmail. Ia boleh dikatakan sebagai Gmail bersuara. Anda tidak perlu menjadi pelanggan Gmail untuk menggunakannya. Anda boleh mencari semula transkrip pesanan suara anda, archive dan mencari semua SMS yang anda hantar atau terima. Anda juga boleh membuat panggilan menggunakan antara muka Google Voice. Kos panggilan adalah percuma di US dan caj yang kecil untuk panggilan antarabangsa.
Transkrip automatik merupakan ciri yang paling menarik pada Google Voice ini. Google telah melabur bergitu banyak untuk menghasilkan suara-ke-teks dan teks-ke-suara. Jika mahu, anda boleh setkan Google Voice menghantar transkrip melalui email atau SMS.
Google Voice membolehkan anda memilih satu nombor, dan menghantar pesanan suara, SMS dan membuat panggilan dari nombor yang lain. Teknologi ini dilihat sebagai satu ancaman besar kepada perkhidmatan pelanggan VoIP seperti Skype dan Spinvox.
Jika anda ingin dijemput oleh Google Voice, klik di sini.
https://services.google.com/fb/forms/googlevoiceinvite/
Juga lihatlah video ini.
Possibly Related Posts:
- 5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular
- Bagaimana Membeli Sebuah Komputer Riba
- HP TouchSmart IQ526, Desktop 22” Semua - Dalam – Satu.
- Tutorial 1 : Mencipta Sebuah Table dari Sebuah Pangkalan Data








