Tutorial ini akan mengajar pembaca langkah – langkah yang diperlukan untuk instal Linux Fedora 10 di dalam komputer peribadi anda.
Perkakasan dan alat-alat yang diperlukan
- Komputer Peribadi dengan minimum spesifikasi seperti berikut:
-Pentium 4 CPU dengan kelajuan 1GHz
- RAM 1GBytes
- Kad Graphic
- Hard Disk 10 GBytes
- CD-ROM Drive 16 x atau DVD-ROM Drive untuk proses install menggunakan DVD.
- CD/DVD Linux Fedora 10 ( 1 DVD atau 6 CD)
Pastikan langkah – langkah awalan seperti berikut telah di ambil:
- Set BIOS untuk boot komputer anda melalui CD/DVD ROM Drive
- Masukkan Fedora CD atau DVD ke CD/DVD ROM Drive komputer anda
- Boot kan komputer anda and ikut gambar-gambar seperti di bawah.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk instalasi Fedora 10:

1. Paparan awal selepas komputer peribadi anda boot menggunakan CD atau DVD Fedora 10. Pastikan anda memilih “Install or upgrade an existing system” dan tekan “ENTER“.

2. Paparan di atas akan ditunjukkan selepas anda menekan key “ENTER”.

3. Paparan di atas menunjukkan sistem instalasi telah menjumpai CD atau DVD Fedora 10. Sila pilih “Skip” untuk meneruskan ke paparan yang berikutnya.

4. Sistem instalasi Fedora yang dinamakan “Anaconda” akan dimulakan bagi proses instalasi yang berikutnya.

5. Paparan di atas merupakan paparan “Anaconda”, sistem instalasi Fedora 10.Sila tekan “Next” untuk ke paparan berikutnya.

6. Paparan di atas memberikan anda pilihan bahasa untuk digunakan di dalam Fedora 10. Sila pilih “English” dan tekan “Next” bagi mengikuti tutorial ini.

7. Paparan di atas menunjukan pilihan keyboard. Sila pilih “U.S. English” sebagai pilihan keyboard dan tekan “Next” untuk ke paparan berikutnya.

8. Paparan di atas menunjukkan Anaconda telah menjumpai hardisk yang baru di dalam komputer peribadi anda. Sila pilih “yes” bagi meneruskan ke paparan berikutnya.

9. Paparan di atas menunjukkan zon masa di dunia. Sila gerakkan mouse anda di peta tersebut dan click “Kuala Lumpur” dan pastikan anda TIDAK memilih “System clock uses UTC”. Sila tekan “Next” untuk meneruskan ke paparan berikutnya.

10. Paparan di atas menghendaki anda mengisikan kata laluan (password) yang akan digunakan oleh root.Akaun root adalah sama seperti akaun Administrator di dalam sistem operasi Microsoft Windows.Kata laluan “password” telah digunakan bagi tujuan tutorial ini. Sila tekan “Next” untuk ke paparan berikutnya.

11.Sistem instalasi Anaconda akan memberikan amaran yang kata laluan yang digunakan adalah katalaluan yang lemah. Sila tekan “yes” bagi meneruskan ke paparan berikutnya.

12. Paparan di atas memberi anda pilihan untuk membuat “partition” di dalam Fedora 10. Sila pilih “Remove all partition on selected drives and create default layout“. Kemudian, tekan “Next” untuk ke paparan berikutnya.

13. Paparan di atas memeberikan AMARAN.Sistem instalasi Anaconda akan menghapuskan semua partition yang ada dan akan membuat partition yang baru berdasarkan kepada pilihan anda sebagaimana di langkah 12.Sila pilih “Write changes to disk” untuk meneruskan ke paparan yang berikutnya.

14. Paparan di atas memberikan anda peluang untuk memilih pakej aplikasi yang akan di instal. Sila pilih “Office and Productivity” dan juga “Installation Repo” untuk meneruskan tutorial ini. Pastikan juga butang “Customize later” telah dipilih.Pakej aplikasi “Office and Productivity” mengandungi aplikasi lengkap OpenOffice.org Writer, OpenOffice.org Calc, OpenOffice.org Impress, Firefox, Evolution, Rhythmbox Music Player, GIMP, Standard Games, Pidgin, Printer Drivers dan banyak lagi. Kemudian, tekan “Next” untuk meneruskan ke paparan berikutnya.

15. Paparan di atas menunjukkan sistem instalasi Anaconda sedang memeriksa dan membuat persediaan instalasi pakej yang telah dipilih.

16. Fedora CD #1, CD #2 dan CD #3 diperlukan untuk instalasi pakej yang telah dipilih.Sila pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya Fedora 10 CD#1, CD#2 dan CD #3 atau Fedora 10 DVD. Sila pilih “Continue” untuk meneruskan ke paparan berikutnya.

17. Sistem instalasi Anaconda sedang memasukkan instal imej ke hardisk komputer anda.

18. Paparan di atas menunjukkan status instalasi aplikasi-aplikasi di dalam pakej yang telah dipilih.

19. Sila keluarkan Fedora 10 CD #1 dan masukkan Fedora 10 CD#2. Sila tekan “OK” untuk meneruskan.

20. Sila keluarkan Fedora 10 CD #2 dan masukkan Fedora 10 CD#3. Sila tekan “OK” untuk meneruskan.

21. Sistem instalasi Anaconda sedang memasukkan konfigurasi yang telah dipilih seperti katalaluan, negara zon masa dan lain-lain lagi.

22. Sistem instalasi Anaconda sedang menginstal bootloader ke dalam hardisk komputer peribadi anda.

23. TAHNIAH. Anda telah berjaya menginstal Fedora 10 kedalam komputer peribadi anda. Sila tekan “Reboot” untuk langkah seterusnya.

24. Sistem instalasi akan reboot komputer anda bagi memastikan instalasi Fedora 10 berjaya. Sila ikuti tutorial yang akan datang bagi penggunaan Fedora 10.
P/S: Sila hubungi penulis di lnxtrain@gmail.com jika menghadapi sebarang kemusykilan atau masalah.
Possibly Related Posts:
- Aplikasi Fedora 10: Applications -> Accessories
- Aplikasi Fedora 10: Application -> Games
- Menu Aplikasi Fedora 10
- Fedora 10
- Pengenalan kepada Linux







