Tujuan tutorial ini adalah memberi sedikit tips cara menggunakan berbagai bentuk objek untuk menghasilkan sesuatu bentuk objek. Contoh ringkas yang akan ditunjukkan adalah diantara satu bentuk segiempat tepat dengan satu bulatan bujur.

Andaian : Anda telah tahu cara menggunakan Toolbox untuk melukis bentuk yang diperlukan.
Langkah 1
Lukiskan dua bentuk seperti yang di tunjukkan di atas.
Langkah 2
Alihkan bentuk bulatan bujur supaya ia bertindih di atas bentuk segiempat tepat seperti di bawah.

Langkah 3
Anda perlu mendapatkan panel “PathFinder” dari menu Windows –> Pathfinder

Langkah 4
Pastikan anda telah mengaktifkan kedua-dua bentuk diatas dan klik pada Merge pada Panel Pathfinder seperti di bawah

Apabila anda menggunakan “Merge” pada Pathfinder, anda telah menyatukan dua bentuk yang di lukis berasingan menjadi satu bentuk khas seperti yang dikehendaki. Lihat bentuk akhir yang dibentuk melalui tutorial di atas.

Selamat mencuba
Possibly Related Posts:







