Bagaimanakah sesebuah halaman web berfungsi?

- Pengguna akan menaip alamat halaman web pada browser.
- Browser tersebut kemudian akan memohon laman web tersebut dari server dengan menggunakan HyperText Transfer Protocol (HTTP).
- Web server akan menghantar maklumat yang dikehendaki dalam bentuk HTML.
- Browser kemudiannya akan menterjemah HTML tersebut dan pengguna akan dapat melihat halaman web dalam format yang lebih difahami.
Perisian Pembangunan Halaman Web
Terdapat pelbagai perisian yang digunakan dalam membangunkan sesebuah halaman web.
Antaranya adalah:
- Adobe Dreamweaver (yang akan digunakan dalam tutorial yang akan datang)
- Microsoft Frontpage
- Wordpad atau Notepad
- Netscape Composer
HTML
Hypertext Markup Language atau HTML, merupakan bahasa yang digunakan untuk mereka dan mengatur format laman web. HTML adalah satu set arahan yang memberitahu web browser bagaimana untuk membuat struktur dan memaparkan kandungan halaman web, termasuk teks dan grafik. Sebuah halaman web dapat berhubung dengan sebuah halaman web yang terdapat pada World Wide Web melalui pautan hiperteks HTML.
Format dalam bentuk HTML:

Apa yang akan dipaparkan pada skrin:

Jika dilihat pada kod HTML yang sebelumnya, ia dikelilingi oleh dua elemen tambahan iaitu HEAD dan BODY. Elemen-elemen ini merupakan kod asas HTML dalam setiap dokumen HTML.
Struktur asas kod HTML biasanya disusun seperti berikut:
<html>
<head>
</head>
<body>
</body>
</html>
Bahasa HTML mengandungi tag dan beroperasi secara berpasangan. Contoh seperti berikut:
<italic>Teks ini dalam bentuk italic</italic>
Hasil yang akan dipaparkan pada skrin:
Teks ini dalam bentuk italic
Jelas bahawa bahasa HTML digunakan untuk menyusun atur teks dan imej. Bahasa HTML amat penting untuk dipelajarari dalam memastikan sesebuah laman web dapat diubah suai mengikut keperluan masing-masing.
Disertakan di bawah adalah antara contoh-contoh tag yang sering digunakan serta penerangan fungsi.
Tag untuk struktur:
| Tag | Fungsi | Tag Penutup |
| <html> | Memulakan dokumen HTML | </html> |
| <head> | Memulakan fail header | </head> |
| <title> | Tajuk untuk dokumen HTML | </title> |
| <body> | Memulakan kandungan dalam HTML. Antara yang boleh ditambah antara tag ini adalah:
background=”nama fail” text=”kod warna” |
</body> |
| <div> | Nilai atribut boleh diletak dalam tag ini, seperti:
align=”left, center or right” |
</div> |
| <– | Digunakan untuk meletakkan komen, tapi tidak akan dipaparkan pada skrin | –> |
Tag untuk teks:
| Tag | Fungsi | Tag Penutup |
| <b> | Teks tebal | </b> |
| <i> | Teks dalam bentuk italic | </i> |
| <u> | Garisan bawah teks | </u> |
| <br> | Pemisah barisan (line break) | </br> |
| <p> | Memulakan kandungan dalam bentuk perenggan | </p> |
| <hr> | Menghasilkan garisan di sepanjang halaman web | </hr> |
| <font> | Mengubah nilai font, seperti warna, saiz, jenis font | </font> |
| <small> | Teks menjadi kecil | </small> |
| <big> | Teks menjadi besar | </big> |
| <h1> | Menetapkan saiz teks berdasarkan format piawai yang telah ditetapkan.
Contoh lain: <h2><h3><h4> |
<h1> |
Tag lain:
| Tag | Fungsi | Tag Penutup |
| <img src=” “> | Memasukkan imej | tiada |
| <a href= > | Mewujudkan pautan ke halaman web yang lain | </a> |
| <table> | Memulakan jadual | </table> |
Tutorial yang seterusnya: Pengenalan kepada Adobe Dreamweaver CS4.
Possibly Related Posts:







