Tujuan Tutorial ini adalah menunjukkan cara mengubahsuai bentuk-bentuk abjab untuk tujuan mereka sebuah logo yang mempunyai bentuk asal sesuatu abjab.
Langkah 1.
Pastikan anda mempunyai satu fail yang baru dan perhatikan Tool Palette di sebelah kiri skrin anda. Tekan pada “Type Tool” sekali untuk memililhnya.

Langkah 2.
Sebelum anda menaip sebarang perkataan di atas dokumn, anda perlu memilih jenis fonts, saiz font dan warna kegemaran anda pada panel yang terletak di bawah Bar Menu skrin anda.
Langkah 3.
Posisikan type tool pada dokumen anda dan klik sekali dan taip perkataan LOGO

Langkah 4.
Pastikan perkataan LOGO ini masih aktif. Tekan pada menu Type –> Create Outline

Anda akan mendapat

Langkah 5
Sekarang, anda boleh mengubah bentuk asal perkataan LOGO kepada bentuk yang anda kehendaki. Mulakan dengan memilih “Direct Selection tool”
yang berada di sebelah kiri skrin anda. Ia terletak bersebelahan dengan Selection tool.
Mula-mula, kilk pada kawasan putih di luar perkataan LOGO untuk menyahpilihkan (deselect) perkataan itu. Selepas itu, Klik pada mana-mana tepi perkataan LOGO dan anda akan dapat melihat “Node” (titik segiempat yang berwarna putih) pada perkataan LOGO seperti di bawah
Sekarang, dengan menggunakan Direct Selection Tool, anda boleh mengalihkan kedudukan asal salah satu Node untuk menbentuk suatu bentuk yang baru. sila rujuk ke gambarajah dibawah sebagai contoh.

Selamat mencuba.
Possibly Related Posts:







