Memasukkan Jadual
Ini merupakan sambungan dari tutorial yang lepas. Buka semula fail index.html.
Seterusnya anda akan memasukkan jadual yang akan digunakan untuk meletakkan elemen imej, teks serta Flash.
Klik Insert > Table.

Dalam tetingkap Table, isikan nilai-nilai tersebut:
Rows : 3
Columns : 1
Table width : 700, pilih Pixels daripada senarai drop-down di sebelahnya
Border Thickness: 0
Cell Padding : 0
Cell Spacing : 0

Satu jadual seperti berikut akan terhasil.

Klik sekali pada sebelah kanan jadual (iaitu di luar jadual).
Masukkan satu lagi jadual, Insert > Table.
Rows : 1
Columns : 3
Table width : 700, pilih Pixels daripada senarai drop-down di sebelahnya
Border Thickness: 0
Cell Padding : 0
Cell Spacing : 0

Kelihatan jadual yang kedua berada di bawah jadual yang pertama.

Klik pada sebelah kanan jadual yang kedua.
Masukkan jadual ketiga dengan memilih Insert > Table dan masukkan nilai-nilai seperti berikut:
Rows : 1
Columns : 1
Table width : 700, pilih Pixels daripada senarai drop-down di sebelahnya
Border Thickness: 0
Cell Padding : 0
Cell Spacing : 0

Klik OK, jadual anda akan kelihatan seperti berikut:

Menentukan nilai-nilai untuk jadual
Anda akan diperkenalkan dengan mod Expanded Tables, iaitu satu ciri yang membenarkan anda untuk meletakkan insertion point agar anda tidak memilih jadual atau kandungan jadual yang berlainan daripada yang dikehendaki.
Klik View > Table Mode > Expanded Mode.


Klik sekali dalam baris pertama (first row). Pada Property Inspector , masukkan nilai 40 dalam ruang Cell Height dan tekan Enter. Jika anda tidak melihat Property Inspector pada skrin anda, klik Window > Properties.


Jadual anda akan kelihatan seperti berikut:

Klik pada baris kedua.
Isikan nilai Cell Height : 150 dan tekan Enter. Kemudian, klik pada baris ketiga, isikan nilai pada ruang Cell Height : 25 dan tekan Enter.
Jadual anda sepatutnya kelihatan seperti berikut.

Klik Exit pada Expanded Tables pada ruang atas tetingkap Document untuk kembali ke mod Standard.

Gunakan shortcut Ctrl + S untuk simpan fail anda.
Possibly Related Posts:







