Kebiasaannya, sebelum membina halaman web pada perisian Adobe Dreamweaver, adalah digalakkan untuk membuat sketch atau mock-up design tentang rupa bentuk halaman web anda kelak. Ini boleh dilakukan atas sekeping kertas kosong atau dengan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop.
Proses ini selalunya dipraktikkan oleh seorang designer kepada pelanggannya bagi menunjukkan idea tentang sebuah halaman web. Ini untuk memudahkan kerja pereka web untuk memenuhi permintaan pelanggan akan ciri-ciri halaman web yang dikehendaki.
Tutorial ini akan menunjukkan contoh halaman web yang dikehendaki oleh pelanggan serta bagaimana hendak menjadikan mock-up design ini tadi kepada halaman web yang sebenar.

Membina helaian halaman web
1. Pada Dreamweaver, klik File > New.
2. Pada tetingkap New Document, pilih Blank Page, Page Type: HTML, Layout: none. Ini adalah pilihan yang sudah pun ditetapkan (default). Klik Create.
Anda boleh mencuba Page Type yang berbeza untuk mengetahui perbezaan antara masing-masing. Namun yang demikian, untuk contoh ini pilih Page Type: none.

3. Pilih File>Save As.
4. Pada tetingkap Save As, cari lokasi di mana anda simpan fail Kuching City Website yang anda telah muat turun. Dalam tutorial yang terdahulu, folder tersebut telah diletakkan dalam My Documents.
5. Namakan fail anda sebagai index.html dan klik Save.

6. Namakan juga tajuk dokumen anda sebagai ‘Kuching City Website’.
7. Jika anda melihat tanda asterisk (*) berada di sebelah nama fail anda, contohnya index.html*, ini menunjukkan bahawa anda perlu save fail anda.

8. Klik File>Save untuk simpan helaian halaman web anda. (Shortcut: Ctrl + S).
Tutorial seterusnya: Membuat Jadual
Possibly Related Posts:







