Tutorial ini akan memperkenalkan konsep lokasi di mana fail halaman web anda akan disimpan. Melalui penetapan lokasi tersebut, semua fail HTML sesebuah halaman web akan disimpan dalam format yang lebih jelas dan sistematik.
Ini juga untuk memudahkan proses penghantaran fail HTML ke server.
Asasnya dalam Dreamweaver, terdapat dua bahagian dalam penetapan lokasi, iaitu:
1) Lokasi di mana komputer anda akan bertindak sebagai komputer pelayan (server) dalaman
2) lokasi komputer pelayan, iaitu lokasi yang akan menyimpan halaman web yang sebenarnya kelak
Kaedah yang biasa digunakan dalam membangunkan sesebuah halaman web adalah dengan membina lokasi dalaman di dalam komputer masing-masing terlebih dahulu.
Menetapkan lokasi halaman web
Sebelum anda membuat halaman web, anda mestilah terlebih dahulu menetapkan lokasi di mana kesemua fail HTML, imej dan sebagainya akan disimpan.
Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
Download fail Kuching City.rar, fail ini akan digunakan sepanjang tutorial ini dan seterusnya.
Download : Kuching City.rar
1. Mulakan Dreamweaver. Klik pada Site > Manage Sites. Tetingkap Manage Sites akan dipaparkan.

2. Klik pada butang New dan pilih Site. Tetingkap Site Definition seterusnya akan dipaparkan.

3. Terdapat dua tab, iaitu Basic dan Advanced. Klik pada tab Advanced dan pilih Local Info dari senarai Category.

4. Taipkan nama halaman web sebagai Kuching City Website.
5. Tentukan lokasi halaman web pada ruang teks Local Root Folder, dalam contoh ini, saya telah meletakkan folderĀ Kuching City dalam direktori My Documents. Untuk memilih lokasi lain, klik pada ikon folder yang terdapat di sebelah ruang teks tersebut.
6.Tentukan juga lokasi imej pada ruang teks Default Images Folder, dalam contoh ini juga, saya akan menggunakan direktori sama, iaitu My Documents, tetapi kali ini saya telah membuat satu folder imej dalam Folder Kuching City. Ini untuk memudahkan saya untuk menyimpan imej dengan lebih sistematik.
7. Klik OK. Tetingkap Manages Sites akan dipaparkan, menunjukkan halaman web anda yang baru.
8. Klik Done untuk menutup tetingkap tersebut.
Panel Files (yang terdapat di sebelah kanan) menunjukkan folder lokasi halaman web yang baru saja anda bina.

Dengan terhasilnya lokasi tersebut, anda sudahpun boleh memulakan membuat halaman web.
Possibly Related Posts:








tutorial yg bgus..Cuma rsenya link rapidshare utk “Kuching City.rar” tu da down..Harap ambil perhatian kpd link2 yg diberi
Thanks, will re-upload the file.
Ini Link terbaru :
http://rapidshare.com/files/371614723/Kuching_City.rar.html