Linux merupakan sistem operasi yang telah dimulakan oleh Linux Torvalds pada tahun 1991 untuk tesis Masters beliau. Linux telah mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia dengan disokong oleh syarikat-syarikat besar seperti IBM, HP, SUN Microsystems, Dell, NOVELL dan syarikat-syarikat lain.IBM sendiri telah menyumbang berbillion dollar untuk memantapkan sistem operasi Linux. Kini, banyak organisasi telah menggunakan Linux sebagai sistem operasi bagi pelayan (”server”) dan juga “desktop/workstation”.
Kelebihan sistem operasi Linux
- Percuma
Penggunaan sistem operasi linux adalah percuma. Anda hanya perlu memuat turun sistem operasi ini daripada “links” yang boleh didapati di bawah. - Stabil
Tiada lagi masalah “Blue Screen of Death” yang selalu mengakibatkan komputer peribadi anda “hang”. - Tiada Virus
Anda tidak perlu install perisian antivirus di dalam Linux. Ini kerana tiada virus yang akan menyerang. - Dilengkapi dengan aplikasi yang setanding seperti di sistem operasi Windows
Sistem operasi linux dilengkapi dengan perlbagai aplikasi seperti aplikasi office, aplikasi graphics, web brower, aplikasi email, games, aplikasi untuk pembangunan perisian dan banyak lagi.
Perbandingan antara Linux dan Windows
Perbandingan akan merangkumi aplikasi-aplikasi yang biasanya boleh digunakan setelah sistem operasi di install seperti berikut:
- Paparan Login
- Desktop
- Aplikasi Office
- Aplikasi Email
Berikut adalah screenshot bagi setiap aspek diatas:
- Paparan Login Linux Fedora 10

- Paparan Login Windows XP

- Desktop Linux Fedora 10

- Desktop Windows XP

- Aplikasi Office Linux Fedora 10

OpenOffice.Org Suites lengkap dengan word, spreadsheat dan presentation.
- Aplikasi Office Windows XP
Perisian Microsoft Office perlu di install terlebih dahulu.
- Aplikasi Email Linux Fedora 10

Evolution merupakan aplikasi standard di dalam linux distribution sebagai email aplikasi. Evolution mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti yang terdapat di dalam Microsoft Outlook.
- Aplikasi Email Windows XP

Microsoft Outlook Express merupakan email aplikasi yang standard di dalam sistem operasi Microsoft Windows setelah di install.
Linux Distribution
Sistem operasi linux terdiri daripada pelbagai perisian-perisian yang “opensource”.Syarikat-syarikat seperti RedHat, Ubuntu, Novell dan juga komuniti linux seperti Fedora dan Debian telah menggabungkan dan memantapkan lagi perisian-perisian ini serta di pakejkan didalam bentuk CD, DVD atau image ISO untuk disebarkan kepada pengguna. Setiap pakej tersebut dinamakan Linux Distribution ataupun Linux Distro. Berikut adalah Linux Distribution yang selalu digunakan:
- RedHat Fedora
- Ubuntu
- Novell Opensuse
- Debian
Linux distribution seperti diatas boleh di muat turun melalui “links” seperti dibawah ataupun melalui MindaSys.
- RedHat Fedora - http://fedoraproject.org/
- Ubuntu - http://www.ubuntu.com/
- Novell OpenSuse - http://www.opensuse.org/
- Debian - http://www.debian.org/
![]()
Sebarang pertanyaan sila email author di lnxtrain@gmail.com
Possibly Related Posts:
- Aplikasi Fedora 10: Applications -> Accessories
- Aplikasi Fedora 10: Application -> Games
- Menu Aplikasi Fedora 10
- Fedora 10
- Install Linux Fedora 10








Saya juga adalah pengguna Ubuntu Intrepid Ibex (8.10). Ia sangat stabil dan mempunyai pelbagai features yang menarik.
Kalau install ‘Compiz’ untuk styling, lagi best!
Sepanjang saya pakai Windows XP, laptop saya selalu jadi lembab (RAM cuma 1GB DDR1) untuk styling yang cun-cun. Tapi untuk Ubuntu, 1GB dah cukup untuk buat macam-macam tanpa menjejaskan prestasi aplikasi-aplikasi yang ada
Banyak perisian alternatif Win XP yang available untuk Ubuntu,
GIMP = Adobe Photoshop
Inkscape = Adobe Illustrator
Quanta Plus = Adobe Dreamweaver
BitTorrent = Deluge
OpenOffice.org = M$ Office
Pidgin = Yahoo! Messenger, Google Talk, IRC etc
..dan banyak lagi!
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman sebenar anda. Sekarang saya menggunakan Windows XP. Berminat juga untuk menggunakan Ubuntu Intrepid Ibex (8.10) tu dalam masa terdekat ni.
Cuba lah, tak rugi! Kalau masih kurang yakin, tak biasa dengan Ubuntu, boleh buat dual boot dengan Windows XP. Jadi, lepas load BIOS, akan ada option untuk boot XP atau Ubuntu.
Panduan nak dual boot ada pada CD installation Ubuntu. 10GB space sudah cukup untuk macam-macam aplikasi Ubuntu.