Kami sentiasa memikirkan bagaimana anda boleh belajar sebarang perisian lebih mudah. Untuk memastikan pengetahuan anda sentiasa bergerak ke hadapan bersama perkembangan teknologi ada kalanya sukar. Apakah kesulitan tersebut? Pelbagai. Antaranya, harga yang mahal, jadual yang tidak menepati jadual anda, pusat latihan yang terhad, kesukaran mendapatkan tenaga pengajar profesional dan berkelayakan serta macam-macam lagi.
Kami prihatin. Untuk menyelesaikan sebahagian masalah anda, kami flexible.
Kami menggunakan pendekatan ini untuk memenuhi keperluan pelanggan kami, Tencate Geosynthetics Asia Sdn Bhd . Kami telah melatih seorang kakitangannya dalam Adobe Photoshop CS4. Jurulatih En Kelvin - Adobe Certified Expert telah mengendalikan latihan ini di premis pelanggan di Sek. 27 Shah Alam. Kursus selama tiga hari yang bermula pada 27/4 hingga 29/4/2009 telah meninggalkan impak sangat positif kepada pelanggan kami.
Teknik “personal coaching” ini salah satu cara pembelajaran yang sangat berkesan. Pelanggan kami amat gembira dan merancang untuk melaksanakan model latihan yang sama dalam masa yang terdekat ini.
Possibly Related Posts:
- Kursus Adobe Photoshop CS3 - SONY Malaysia
- Kursus Adobe Illustrator CS4 - SUK Terengganu
- Kursus Adobe Creative Suite 4 - UTHM, Batu Pahat
- Kursus SPSS (PASW) untuk MIROS
- Kursus Mac OS X










berapakah wang pendaftaran?
Terima kasih Zulkefli kerana telah mengunjungi blog kami. Boleh jelaskan masud tuan?