Tentu anda tidak mahu ketinggalan dalam dunia blog! Ia semakin hangat diperkatakan. Ini tidak menghairankan kerana blog telah mengubah banyak perkara dalam cara hidup harian kita. Contohnya di Malaysia, ramai orang membincangkan bagaimana blog telah mengubah senario politik. PRU 12 jelas menunjukan kuasa blog masa kini. Satu masa dahulu, perkara yang dilihat mustahil kini telah berlaku.
Pengaruh blog ini bukan sahaja berlaku didalam dunia politik. Ia semakin ketara di dalam dunia perniagaan dan semua bidang kehidupan. Hasilnya, banyak perniagaan telah dilaksanakan di alam maya dan melalui blog. Semakin ramai usahawan Internet/Online dilahirkan. Tidak menghairankan, bagaimana aktiviti keusahawanan di online telah melahirkan ramai jutawan di seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Oleh kerana itu, jika anda tidak mahu ketinggalan atau terlepas pelbagai peluang, anda perlu memilik blog.
Mengakui pentingnya blog dalam kehidupan kita hari ini, Blog Mindasys telah membuka katogeri baru (Blog) untuk membicarakan khusus mengenainya. Sebagai permulaan, saya akan menyumbangkan kandungannya. Saya sendiri belum pasti sejauh manakah ruang ini akan berkembang, tetapi saya PASTI, blog sangat penting kepada kita semua. Oleh itu, harapan kami, ruangan ini, akan menjadi salah satu platform bagi kita berkongi pengetahuan dan pengalaman.
Saya mula mengenali blog semenjak tahun 2003. Walau bagaimana pun penglibatan saya secara serious bermula sebaik sahaja saya mendapat masej jelas daripada David Meerman Scott malaui bukunya bertajuk “The New Rules of Marketing & PR” Buku tersebut benar-benar mengubah cara saya melihat blog dan memberi semangat untuk saya memulakannya. Boleh di katakan, beliau adalah mentor saya.
Semenjak itu saya mula membaca buku berkaitan blog antaranya “Blog Marketing” oleh Jeremy Wright, “Secret of Internet Millionaires “ oleh Stuart Tan dan lain-lain lagi. Saya juga mula mempelajari dari pelbagai sumber di alam maya. Antara blog yang menjadi kegemaran saya ialah Problogger dan Coppyblogger.
Saya percaya, ramai ingin mengetahui bagaiman blog boleh membantu kita mencapai satu matlamat. Kita semuan bernasib baik kerana dalam dunia era blog ini, terlalu banyak ilmu yang kita boleh dapati dengan mudah. Kebanyakannya PERCUMA. Yang perlu, hanyalah rajin dan tekun.
Sebagai permulaan, saya ingin membuka ruang membicarakan apa yang diperkatakan oleh Darren Rowse dari Problogger dalam projek terbarunya bertajuk “31 Days to Build A Better Blog” Insyallah, kita akan menyampaikan semula, membincangkan dan mengulas apa yang beliau katakan nanti di ruangan yang akan datang.
Akhir sekali, kami berdoa agar projek mini ini berjalan lancar dan berjaya. Kepada semua warga blogger, kami sangat mengalu-alukan peglibatan anda bersama kami. Wassalam.
Possibly Related Posts:
- KELAB ICT MALAYSIA: Rahsia USAHAWAN 2.0 – Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.3)
- Rahsia USAHAWAN 2.0 – Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.2)
- USAHAWAN BARU – Bagaimana Menggunakan Web 2.0 seperti Laman Social Networking (FB), Blog, Video sharing,Podcasting dll (Bhg.1)
- Facebook Marketing!!!
- Kursus Adobe Illustrator CS4 – SUK Terengganu











One Response to “Mengapa Anda Perlu Memiliki Blog?”
Trackbacks/Pingbacks
[...] artikel yang lepas saya ada membincangkan Mengapa anda Perlu Memilik Blog dan Bagaimana dengan Menulis dan Menjana Pendapatan di atas [...]