Dalam artikel yang lepas saya ada membincangkan Mengapa anda Perlu Memilik Blog dan Menulis dan Menjana Pendapatan di atas Talian.
Di sini saya ingin menceritakan bagaimana Sabri dan Syazwan SaifulSham mencipta pendapatan mereka dari saya melalui Blog dan tulisan mereka.
Begini, petang tadi saya telah ke Komplek Warta di Bandar Baru Bangi. Tujuannya ialah untuk membeli buah kurma. Siapa yang pernah kesini tentu tahu, ini adalah satu-satunya pasaraya di mana anda boleh membeli kurma sepanjang tahun.
Sebaik sahaja saya tiba di komplek tersebut, isteri telah menelefon mengatakan yang beliau akan tiba dari pejabatnya dalam tempoh 30 minit lagi. Oh! berlegar-legar dalam shopping complex bukanlah minat saya dan tentu akan membosankan.
Seperti biasa, ubat yang paling baik untuk saya menghilangkan bosan ialah dengan membaca. Saya tahu, dengan membaca masa 30 minit menunggu tidak langsung menjadi masalah. Jadi saya mula mengorak langkah mencari bahan untuk dibaca. Saya tahu, di ground floor, bahagian ruang bawah eskalator terdapat satu kedai buku kecil.
Sepanjang hampir 10 tahun saya menjadi pelawat ke komplek ini, saya tidak pernah membeli sebuah buku pun dari kedai tersebut. Mengapa? Dari dulu sehingga kini kedai ini hanya menjual buku Bahasa Melayu sahaja. Maaf, saya bukanya tidak menyukai buku bahasa Melayu tetapi saya cuma lebih berminat membaca buku Bahasa Inggeris. Pada saya buku Bahasa Inggris lebih banyak judul pilihan dan juga kandungan lebih baik.
Semenjak kebelakangan ini saya perhatikan semakin banyak buku Bahasa Melayu dalam pasaran. Judulnya juga bertambah. Saya sayangkan Bahasa Melayu dan bahasa pertuturan di rumah juga masih Bahasa Melayu. Oleh itu saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mencari buku Bahasa Melayu yang boleh menepati keperluan semasa saya.
“Mungkin ada yang menarik” kata saya kepada diri sendiri lantas berjalan menuju ke kedai tersebut. Di tengah-tengah susunan buku di atas meja bersaiz 8′ x 8′ saya terlihat sebuah buku bertajuk “Sistem Kedai Online dengan ZenCart”. Judul buku berkaitan dengan perniagaan atas talian adalah menjadi minat utama saya pada masa kini.
Perkara utama yang dengan sekelip mata menarik perhatian saya ialah www.saifulsham.com. Saya tahu proses jualan diantara saya dengan Sabri/Syazwan SaifulSham telah bermula. Dalam masa beberapa saat, otak separuh sedar saya telah membuat keputusan (80% ) untuk membeli buku tersebut. Setelah membelek beberapa muka surat, saya telah membayar RM15.50 untuk sebuah buku tersebut.
Inilah yang dikatakan sebagai psikologi jualan. Proses menjual yang dilakukan oleh Sabri dan Syazwan sebenarnya telah bermula jauh lebih awal. Bukannya semasa saya melihat dan membelek buku tersebut. Ia bermula sebaik sahaja saya menjadi pelawat ke blog beliau. Perasan atau emosi yang kagum dengan hasil kerja mereka berdua telah mendorong saya membuat keputusan membeli buku mereka.
Sebagai kesimpulan; kes ini membuktikan kepada diri saya sendiri dan anda bagaimana Blog boleh menjadi alat yang berkesan untuk anda mencapai apa juga objektif. Dalam kes ini, menjual buku. Lantas, ini menjelaskan lagi mengapa kita perlu memiliki blog dan menulis dengan baik. Ini adalah syarat utama jika kita ingin menjana pendapatan melalui aktiviti atas talian - Pendapatan secara langsung dan tidak langsung.
Kini saya menjadi pelawat tetap blog mereka. Sebagai menghargai, saya juga telah link URL mereka di blog saya.
Possibly Related Posts:
- KELAB ICT MALAYSIA: Rahsia USAHAWAN 2.0 - Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.3)
- Rahsia USAHAWAN 2.0 - Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.2)
- USAHAWAN BARU - Bagaimana Menggunakan Web 2.0 seperti Laman Social Networking (FB), Blog, Video sharing,Podcasting dll (Bhg.1)
- Facebook Marketing!!!
- Kursus Adobe Illustrator CS4 - SUK Terengganu








