Berikut merupakan screenshot hasil terakhir untuk helaian web yang kita akan bina dalam tutorial ini.

Terdapat beberapa bahagian yang masih belum kemas iaitu bahagian teks. Bahagian ini akan diperkemaskan lagi dengan menggunakan teknik Cascading Style Sheet
yang akan dipelajari dalam tutorial akan datang.
Menambah imej
Setelah anda menyediakan reka letak untuk halaman web, anda boleh memasukkan elemen grafik yang sebenar (imej sesudah di edit). Terdapat pelbagai kaedah untuk memasukkan imej ke dalam halaman web pada perisian Dreamweaver. Terdapat empat kaedah semuanya. Untuk tutorial ini, dua kaedah akan diperkenalkan.
Kaedah pertama : Menggantikan imej sementara
1. Buka file index.htm yang telah anda buat dalam tutorial sebelum ini.
2. Double click pada imej sementara top_banner, pada bahagian atas halaman web.

Dalam tetingkap Select Image Source, cari lokasi di mana anda telah simpan folder images.
Pilih topbanner.jpg dan klik OK.
Dreamweaver telah menggantikan imej sementara tadi dengan imej baru.

Simpan fail anda (CTRL + S).
Kaedah-kaedah lain akan diperkenalkan dalam tutorial yang seterusnya.
Possibly Related Posts:







