Tutorial ini akan memberi tunjuk ajar kepada pengguna mengenai menu-menu aplikasi yang terdapat di dalam Fedora 10. Aplikasi-aplikasi di dalam Fedora 10 terbahagi kepada beberapa menu utama. Menu-menu tersebut ialah seperti berikut:
- Applications – menu untuk melancarkan aplikasi-aplikasi yang telah diinstal
- Places – menu untuk mencapai dokumen dan juga direktori
- System – menu untuk menukar rupa dekstop dan konfigurasi sistem

Setiap menu utama terbahagi kepada sub menu yang lain. Menu utama Applications terdiri daripada beberapa sub menu seperti di gambarajah di bawah.
1. Accessories – Koleksi perisian aksesori desktop seperti editor teks.
2. Games – Koleksi perisian permainan seperti solitaire.
3. Graphics – Koleksi perisian grafik seperti gimp.
4. Internet – Koleksi perisian internet seperti Web Brower, Email dan juga Internet Messenger.
5. Office – Koleksi perisian seperti OpenOffice.org Word.
6. Programming – Koleksi perisian untuk pembangunan perisian dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperi JAVA, C, C++ dan lain-lain lagi.
7. Sound & Video – Koleksi perisian multimedia seperti audacious (winamp) dan Movie Player.
8. System Tools – Koleksi perisian untuk mengawal selia sistem operasi.
Begitu juga dengan menu utama Places. Ia juga terdiri daripada beberapa sub menu seperti di gambarajah di bawah.
1. Home Folder – Shortcut untuk membuka direktori peribadi.
2. Desktop – Shortcut untuk membuka direktori Desktop.
3. Documents – Shortcut untuk membuka direktori Documents.
4. Music – Shortcut untuk membuka direktori Music.
5. Pictures – Shortcut untuk membuka direktori Pictures.
6. Videos – Shortcut untuk membuka direktori Videos.
7. Download – Shortcut untuk membuka direktori Download.
8. Computer – Shortcut untuk membuka disk setempat atau disk yang menggunakan rangkaian.
9. CD/DVD Creator – Perisian untuk membuat CD/DVD
10. Floppy Drive – Shortcut untuk mengakses cakera liut.
11.Network - Shortcut untuk ke lokasi rangkaian.
12.Connect to Server – Shortcut untuk membuat sambungan ke komputer lain melalui rangkaian.
13.Search for Files – Shortcut untuk mencari documen dan juga direktori.
14.Recent Documents – Menu ini akan menunjukkan fail – fail yang terbaru diakses.
Seterusnya menu utama System juga terdiri daripada beberapa sub menu seperti di gambarajah di bawah.
1. Preferences – Koleksi perisian untuk menukar rupa desktop mengikut cita rasa pengguna.
2. Administration – Koleksi perisian konfigurasi sistem operasi komputer.
3. Help – Perisian untuk mendapatkan bantuan.
4. About GNOME – Perisian yang akan memberi maklumat berkenaan dengan GNOME.
5.About Fedora – Perisian yang akan memberi maklumat berkenaan dengan Fedora.
6. About This Computer – Perisian yang akan memberi maklumat berkenaan dengan komputer pengguna.
7.Lock Screen – Perisian untuk melindungi skrin daripada pengguna tanpa izin dengan meletakkan katalaluan.
8. Log out myname.. – Logout
9. Shut Down – Penutupan komputer
Possibly Related Posts:
- Aplikasi Fedora 10: Applications -> Accessories
- Aplikasi Fedora 10: Application -> Games
- Fedora 10
- Install Linux Fedora 10
- Pengenalan kepada Linux







