Menulis Satu “Elevator Pitch” (Siri 1/ 31 DBBB)
Saya ditanya mengapa perlu membincangkan tajuk berkisarkan kepada ”31 Days to Build A Better Blog”? Jawapannya, kerana ramai di antara kita yang sentiasa ingin membina blog yang lebih baik dari masa ke masa dan saya bagi pihak Mindasys juga tidak terkecuali. Saya mengambil peluang dari projek baru Problogger untuk mengkaji dan mencuba bagaimana tips dari Daren Rowse in boleh membantu menjadikan Blog Mindasys lebih baik dan berkongsi pengalaman bersama.
Soalan seterusnya, kenapa Problogger? Selain meminati hasil kerja Darren Rowse, saya juga melihat pencapaiannya - Sehingga artikel ini di tulis Problogger mempunyai 56,975 pembaca (Feedburner) dan Technorati pula menyenaraikan Problogger di tempat kedua sebagai blog yang paling popular.
Mungkin anda juga berminat untuk membincangkan bersama kami - dipersilakan.
Darren akan membantu anda dengan 2 cara;
1. Menagajar Secara Teori
2. Memberi Latihan
Agak sukar untuk menterjemahkan semula tajuk tersebut dalam Bahasa Melayu dengan tepat. Tidak mengapa, kerana yang lebih penting ialah mengetahui mengapa maksud idea tersebut.
Secara ringkas ia boleh dikatakan sebagai “Idea anda katakan secara pendek & tepat mengenai diri anda apabila berpeluang melakukannya. Bukanya panjang lebar tentang anda dan perniagaan anda”
Matlamatnya, memberitahu siapa anda. Seterusnya membuatkan pembaca ingin tahu lebih banyak tentang anda. Bermula dari sinilah anda boleh merancang dan memulakan projek blog dengan mengambil kira pelbagai perkara seperti berikut.
- Menulis kandung blog
- Promosi dan Mendapat Pembaca
- Search Engine Optimisation
- Membina Jaringan dengan Blogger lain
- Membina Jenama (Brand)
- Mereka cipta dan banyak lagi
Dalam 31 siri ini, Darren akan memberi fokus dan tugasan ke arah objektif di atas.
Berikut perkara yang perlu di beri perhatian segara dalam blog anda
- Tag Line Blog Anda - Mestilah pendek, tepat dan ringkas. Ini adalah teknik yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pembaca dengan cepat terutamanya kepada pembaca baru. Pembaca yang tidak mengetahui mengapa mereka perlu membaca blog anda akan terus meninggalkan anda secepat mungkin.
- Mengenai Diri Anda - Masih ramai yang belum mengambil berat tentang bahagian ini. Ini adalah bahagian yang paling banyak di baca oleh pelawat yang pertama kali singgah di blog anda. Tempat yang paling ideal untuk memberitahu siapa anda dan “menjual” idea mengapa mereka perlu melanggan dan terus melawat anda kemudian
- Perbualan Tentang Kehidupan Sebenar - Berkisar kepada perbualan kehidupan tidak kira interaksi perniagaan atau topik perbualan harian.
- Busienss Cards - Tambahkan “elevator pitch” kepada kad anda supaya lebih mudah diingati siapa dan apa yang anda buat oleh pembaca kad tersebut
- Tandatangan Email - Ramai orang memberikan link blog mereka dalam email. Selalunya ianya tidak berkesan dalam banyak keadaan. Cara lain ialah dengan menambah “elevator pitch” . Ini juga boleh dilakukan di dalam forum.
- Profil Media Sosial - Dalam Facebook, Myspace dll, galakan orang ramai melawat blog anda dan terangkan mengapa mereka perlu melawat anda melalui “elevator pitch”
Tugasan Hari Ini
Tuliskan satu “Elevetor Pitch” untuk blog anda.
- Selesaikan Satu Masalah atau Keperluan - Berkomunikasilah dalam “elevator pitch” dengan pendek dan tepat bagaimana anda boleh membantu pembaca anda.
- Kenal pasti Pembaca Anda - Kepada siapakah blog tujukan. Siapakah yang anda ingin tarik perhatian.
- Jelas - Jangan biarkan pembaca meneka apakah maksud anda atau dengan mentafsirkan jargon. Pastikan “elevator pitch” anda jelas.
- Pendek - Kebanyakan orang mempunyai keupayaan terhad untuk menerima maklumat. Terus kepada isi utama, buangkan perkataan yang tidak perlu dan buatkan ianya umh!
- Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu anda perhatikan. Walau bagaimanapun, saya rasakan ia kurang penting untuk diberikan perhatian pada kali ini.
Elevator Pitch Kami
Kami cuba menyampaikan mesej dengan pendek dan tepat - “Human Capital Improvement Center” Kami gunakan perkataan ini kerana ianya pendek dan mudah difahami.
Mesej kami ialah untuk meningkatkan nilai Modal Insan dengan cara menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya berkaitan dengan ICT. Harapan kami, kepada pembaca yang ingin menambah nilai diri sendiri atau organisasi bolehlah bersama kami.
Banyak lagi perkara yang akan kita bincangkan bersama Darren. Ikutilah dalam siaran selanjutnya.
Possibly Related Posts:
- KELAB ICT MALAYSIA: Rahsia USAHAWAN 2.0 - Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.3)
- Rahsia USAHAWAN 2.0 - Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.2)
- USAHAWAN BARU - Bagaimana Menggunakan Web 2.0 seperti Laman Social Networking (FB), Blog, Video sharing,Podcasting dll (Bhg.1)
- Facebook Marketing!!!
- Kursus Adobe Illustrator CS4 - SUK Terengganu








