Panel Aset membenarkan anda untuk mengatur aset yang terdapat pada halaman web yang sedang anda bina.

Panel Aset mempunyai dua bahagian, iaitu:
Site: menunjukkan semua aset yang terdapat pada halaman web, termasuk warna, URL yang digunakan dalam halaman web tersebut
Favourites: menunjukkan aset-aset tertentu, untuk menambahkan aset ke dalam senarai Favourites, pilih aset dalam senarai Site dan pilih Add to Favourites dari menu Options (penjuru kanan atas panel File).

Kategori-kategori Aset:

Image: Format imej dalam GIF, JPG, PNG.
Colors: Warna yang digunakan pada halaman web
URLs: Pautan alamat web yang terdapat pada halaman web, termasuk FTP, HTTP, email(mailto), local file
Flash: Elemen Flash (.swf)
Shockwave: Elemen Adobe Shockwave
Movies: Quicktime atau MPEG
Scripts: Fail Javascript atau VBScript
Templates: Fail template yang anda gunakan, untuk memudahkan menukar elemen template
Library Items: Elemen yang anda gunakan pada helaian web yang berlainan, sekiranya anda telah membuat penukaran terkini pada elemen tersebut, ia akan mengemaskini helaian-helaian lain yang mempunyai pautan kepada elemen tersebut sekaligus.
Refresh panel Aset
Untuk mengemaskini aset-aset pada panel, klik pada butang seperti ditunjukkan di bawah.

Possibly Related Posts:







