Menyediakan imej sementara ke dalam helaian web
Imej sementara digunakan dengan tujuan untuk membantu anda membuat susun atur elemen-elemen halaman web sekiranya belum terdapat lagi imej sebenar
untuk halaman web tersebut.
Pada tetingkap Window, klik sekali dalam baris pertama (first row).
Klik Insert > Image Objects > Image Placeholder.
Pada tetingkap Image Placeholder, isikan nilai-nilai tersebut:
Name : top_banner
Width: 700
Height: 40
Color: Klik pada kotak pilihan warna dan pilih warna yang anda suka. Dalam contoh ini, saya telah memilih warna kelabu.
Alternate text: Biarkan ruang ini kosong
Klik OK.

Imej sementara akan muncul dalam baris pertama jadual. Dalam imej tersebut ada menunjukkan nilai-nilai untuk panjang dan lebar imej anda kemudian.

Simpan fail anda.
Menambah warna pada helaian laman web
1. Klik sekali pada baris ketiga , lajur pertama (third row & first column).
2. Klik pada tag <td> pada tag selector untuk memilih sel jadual.

3. Dalam Property Inspector, klik sekali pada ruang Background Color. Isikan nilai : #6B4627 dan tekan Enter.

4. Klik sekali pada baris ketiga, lajur kedua (sel kedua).
5. Klik pada tag <td> pada tag selector untuk memilih sel kedua tersebut.
6. Dalam Property Inspector, klik sekali pada ruang Background Color. Isikan nilai : #F7EEDF dan tekan Enter.

7. Ulangi langkah 4 sehingga 6 untuk baris ketiga, sel ketiga (lajur ketiga).
8. Selepas sahaja selesai menukar warna sel-sel tersebut, klik pada luar jadual.
9. Seterusnya, anda akan menukar warna latar belakang helaian laman web.
10. Klik Modify > Page Properties.
11. Isikan nilai #3F2F22 pada ruang Background Color.
12. Klik OK.

Helaian laman web anda akan kelihatan seperti berikut:

Simpan fail anda.
Possibly Related Posts:








still pakai table ekk? ..
Sebagai contoh sahaja. Tutorial ini ditujukan khas buat ‘beginner’.