Kepada semua rakan bloggers,
Selamat bersantai di Hari Buruh.
Saya mengambil kesempatan menulis di suasana santai ini kerana ingin berkongi pengalaman sukarnya mendapat khidmat pakar ICT sebagai tenaga pengajar. Sekiranya anda seorang trainer atau pernah menjadi trainer ataupun berminat menjadi traininer, kami alu-alukan pandangan dan penglibatan anda.
Bergini, daripada pemerhatian saya, di Malaysia kita mempunyai cukup ramai pakar dalam pelbagai bidang ICT. Saya melihat bukti yang cukup mudah; bergitu ramai blogger yang menulis pelbagai ilmu ICT dalam ribuan blog termasuk blog berbahasa Melayu.
Yang menghairankan, pada masa ini masih banyak pihak menghadapi masalah mendapatkan tenaga pakar menjadi trainer dalam subjek ICT.
Kami perlukan bantuan anda! Untuk makluman, dalam bulan Mei dan Jun banyak pembekal latihan (training center) menghadapi masalah mendapatkan jurulatih berkelayakan & berpengalaman. Jurulatih Freelance terutamanya . Kami di Mindasys juga tidak terkecuali.
Mengapa dalam bulan Mei dan Jun ini sukar mendapatkan jurulatih? Kerana kebanyakan trainer terlibat dalam projek besar Kementerian Pelajaran dipanggil 3P - Program Pentauliahan Profesional
Kementerian Pelajaran telah melantik syarikat pembekal, Prestariang melaksanakan program ini. Program telah bermula pada 2006 dengan 1000 pelajar tahun akhir dari IPTA. Antara kursus yang dianjurkan ialah MCSE, MCAD, CCNA, Micromedia dan lain-lain.
Bermula tahun 2007 pula, seramai 5000 pelajar tahun akhir dilatih untuk dalam program pentauliahan ini. Melihatkan angka tersebut tentu anda boleh bayangkan berapa orang trainer yang akan terlibat. Itulah sebabnya mengapa pasaran freelance meningkat pada setiap musim program ini dilaksanakan.
Kepada semua rakan blogger yang mempunyai pelbagai kepakaran dan latar belakang, bagaimanakah anda melihat senario ini? Akhir sekali, mungkinkah masa ini sesuai untuk anda pamirkan kehebatan atau mula buat duit dengan berkongsi ilmu - sebagai ICT freelance trainer?
Salam, enjoy your holidays!
Possibly Related Posts:
- KELAB ICT MALAYSIA: Rahsia USAHAWAN 2.0 - Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.3)
- Rahsia USAHAWAN 2.0 - Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.2)
- USAHAWAN BARU - Bagaimana Menggunakan Web 2.0 seperti Laman Social Networking (FB), Blog, Video sharing,Podcasting dll (Bhg.1)
- Facebook Marketing!!!
- Kursus Adobe Illustrator CS4 - SUK Terengganu










bagus jugak kalau dapat bekerjasama dalam keadaan yang lebih santai dan teratur.. Kekosongan ni masih terbuka ke?
Andak,
Terima kasih atas soalan anda. Ya! kekosongan sentiasa terbuka. Kami sentisa mencari partners untuk menjayakan program latihan kami.
Kalau macam tu, mungkin boleh emailkan saya butiran lanjut tentang program dan cara nak sertai.
terimakasih
Andak,
Tuan boleh lihat program kami seperti di web http://www.mindasys.com.my
Jika anda berminat untuk menjadi Freelance tariner salah satu subjek tersebut, sila hantar CV kepada saya di zahari@mindasys.com.my.
Terima kasih
Program yang dilaksanakan amat menarik. Setuju dengan pemerhatian anda. Kebanyakan blogger yang berblog tentang komputer mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan teknikal. Akan tetapi ramai pekerja dalam bahagian IT di luar sana yang mempunyai sijil professional berkaitan dan merupakan kerja harian mereka. Cuma yang membezakan ialah masa sahaja. Oleh itu, masa dan kepakaran mana-mana blogger atau individu dalam bidang yang berkaitan inilah yang diperlukan untuk membantu dalam perkongsian ilmu tempatan.
akum.saya berminat menjadi trainer terutama ia byk membantu diri kita dan org lain meningkatkan potensi diri2 masing bidang berkaitan dgn protocol analysis-tcp/ip -linux dan bsd firewall. Insyallah saya akan hantarkan resume sy.Mkn ade yg suite dgn kursus pihak mindasys.Tq
arora,
Terima kasih, kami menghargai minat anda..
salam….mcmna nak jd free lance tu?…..saya berminat sgt…sila hubungi saya
Nalzaone,
Terima kasih kerana minat anda. Sila hantarkan CV anda kepada info@mindasys.com.my atau info@mindasys.com.my
akum sudah hantar cv saya pd info@mindasys.com.my..minta perhation dan penilaian sbg mane sy pernah pegi kursus train of trainer selama 2 hari bertujuan mempelajari teknik2/methodoly effective training.tq
hye..
sye berminat tuk jd freelance it trainer..tp cume xtau camne nk jooin?mmg expertise sye sbb mmg sye full time it trainer tuk project sekolah bestari seluruh malaysia..klu sye berminat,macm mane yer??
mmg ini yg saya cari.. mrealisasikn impian sy utk jd trainer..
tlg bagi maklumat dan peluang yg ada agar impian mjadi kenyataan..
sy mmpunyai BSC tp blm mpunyai kerjaya yg kukuh..
sy memilih mjadi trainer krn mpunyai masa dpn yg cerah jika terlibat dgn serius…
Hai salam perkenalaan.. sama kita berusah ke arah itu Knowledge is power