Assalamualaikum Kepada Semua Peserta Kursus !
Keperluan menguasai teknologi berkaitan laman web semakin hari semakin meningkat. Kebolehan menggunakan aplikasi ini dengan berkesan akan meningkatkan prestasi unit/jabatan anda.
Kursus selama 3 hari yang bermula 3hb hingga 5hb Mei 2009 ini memberi penekanan kepada beberapa faktor penting. Objektifnya menunjukan kepada anda bagaimana mencipta satu laman web secara profesional. Anda akan belajar bagaimana merekacipta, membina dan muat-naik laman web dengan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver.
Kursus ini adalah permulaan bagi anda mencipta atau mengurus laman web secara profesional. Diharap kepada semua 29 orang peserta mendapat manafaat sepenuhnya. Jika tuan/puan masih perlukan bantuan selepas kursus ini, Cikgu Zeck gembira membantu. Mudah! cuma tinggalkan soalan anda dalam ruang komen yang disediakan. Sebarang komen juga dialu-alukan.
Selamat berkursus.
Possibly Related Posts:
- Kursus Adobe InDesign CS4 di UUM Sintok
- Kursus Adobe Photoshop CS3 – SONY Malaysia
- Kursus Adobe Illustrator CS4 – SUK Terengganu
- Kursus Adobe Creative Suite 4 – UTHM, Batu Pahat
- Kursus SPSS (PASW) untuk MIROS









Apakhabar tuan-tuan & puan-puan?
Tentu tuan-tuan & puan-puan kembali fresh setelah minum pagi. Semoga tuan/puan terus bertenaga & ceria bersama kami sehingga program tamat.
Baik-baik sahaja.
ye sentiasa bertenaga, dont play-play.
irsan,
YES! you are the best..
Salam semua!
Bagaimana kurus sehari suntuk anda semalam?
Semoga anda terus bersemangat bersama kami dari pagi hingga ke petang hari ini.
hari ni last day kursus, kursus best, makan best.terima kasehhhhhhhh!
irsan,
Terima kasih atas maklum balas anda.
Jika ada tuan/puan lain yang mahu memberi maklum balas disini, anda dengan hormatnya dipersilakan.
Salam.
Nak tanya, ada tak kursus DW CS3 atau Photoshop di Terengganu. Saya nak ikuti kursus.
Terima kasih.
Salam Saari,
Terima kasih atas pertanyaan tuan. Kita memang ada merancang untuk mengadakan kursus Adobe di beberapa ibu negeri. Kuala Terangganu adalah salah satu destinasi pilihan.
Walau bagaimanapun kami belum menetapkan tarikhnya. Saya boleh maklumkan kepda tuan perkembangannya nanti. Harap dapat email maklumat tuan kepada saya di zahari@mindasys.com.my
salam..encik sy student dr UMT(umiversiti malaysia terengganu).nak tanya , hajat kami nk buat kursus photoshop di kampus umt.boleh saya mohon bantuan dr encik?kalau boleh kami nak jemput encik buat kursus di kampus kami..harap dapat maklum balas secepat mungkin..
Nazrin,
Boleh tolong email kepada saya maklumat lebih lanjut, zahari@mindasys.com.my
Terima kasih