Tutorial diteruskan dengan memasukkan fail Flash, yang akan menunjukkan slaid tempat-tempat menarik yang terdapat di Kuching, Sarawak.
Cara yang mudah untuk memasukkan fail Flash (dalam bentuk .swf) adalah dengan mengeksport fail tersebut ke dalam helaian web.
Apabila anda menggunakan Dreamweaver, ia akan menulis kod HTML Flash untuk anda secara automatik.
Sila buka fail index.htm. Kemudian, klik satu kali pada baris kedua yang terdapat pada jadual pertama (second row of first table).
Pada tetingkap Property Inspector (Window > Properties), pilih Center daripada pop-up menu Horz dan pilih Middle daripada pop-up menu Vert, sila lihat imej di bawah. Ini bertujuan untuk meletakkan kandungan pada bahagian tengah.

Kemudian, klik Insert > Media > Flash.
Pada tetingkap Select File, cari fail flash_fma.swf, pilih fail tersebut dan klik OK.
Tetingkap Object Tag Accessibility Attributes akan muncul, klik OK.

Anda akan lihat fail Flash tersebut berada pada tempat yang anda tetapkan sebentar tadi.
Untuk melihat animasi fail Flash anda, klik Play pada tetingkap Property Inspector.

Pada tetingkap Property Inspector, klik Stop untuk memberhentikan fail Flash tersebut daripada dimainkan.

Simpan fail anda.
Apabila anda menyimpan fail anda, Dreamweaver akan memaparkan tetingkap Copy Dependent Files. Tetingkap ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa Dreamweaver telah mewujudkan fail yang bernama AC-RunActiveContent.js, dan fail ini semestinya anda upload ke server bersama fail-fail anda yang lain. Fail ini perlu untuk memastikan fail Flash anda akan berfungsi dengan betul walaupun dipaparkan pada berlainan browser.
Possibly Related Posts:







