Pada tutorial kali ini anda akan belajar bagaimana untuk memasukkan teks pada bar navigasi dan membuat format pada teks tersebut. Cara membuat format akan ditunjukkan pada tutorial yang akan datang.
Klik satu kali pada sel di sebelah gambar bandar Kuching. Sila lihat gambar rajah.

Taip teks seperti berikut: Best of Kuching, Hotels, Information, Special Events, Location, FAQ, Contact.
Setiap teks diselangi dengan menggunakan space bar. Jangan tekan Enter.
Dengan ‘insertion point’ masih lagi berada pada sel yang sama, klik tag td pada tag selector.

Pada tetingkap Property Inspector (Window>Properties), pilih Top dari pop-up menu Vert. Ini untuk memudahkan anda untuk mengatur teks yang baru anda taip tadi pada sel tersebut.

Simpan fail anda.
Possibly Related Posts:







