Pada tutorial kali ini, anda akan belajar bagaimana untuk memasukkan teks pada helaian laman web anda.
Anda boleh menaip terus pada tetingkap Document atau anda boleh ‘copy & paste’ teks daripada sumber lain (Microsoft Word, Notepad, Wordpad, dan sebagainya).
Pada panel Files, cari fail kuching_sampletext.txt, ‘double click’ ikon fail tersebut untuk membukanya dalam Dreamweaver.

Pada tetingkap kuching_sampletext.txt, tekan Control+A untuk memilih seluruh teks tersebut, dan pilih Edit > Copy untuk menyalin teks tersebut.
Tutup fail kuching_sampletext.txt dengan menekan butang X yang terdapat pada bahagian atas sebelah kanan fail.
Pada tetingkap index.htm, klik satu kali pada baris ketiga. Pilih Edit > Paste, atau tekan Ctrl +V.

Sila pastikan titik kemasukan (insertion point) masih lagi berada pada sel di mana anda telah ‘paste’ teks tadi.

Dalam tetingkap Property Inspector, pilih Top daripada menu pop-up.
Simpan fail anda.
Tutorial seterusnya : Membuat teks navigasi.
Possibly Related Posts:







