Categorized | Blog

Mengapa Kerjasama Antara Blogger Perlu?

Mengapa Kerjasama Antara Blogger Perlu?

n1361624811_107994_397108

Perkembangan teknologi terkini membuatkan kita semakin perlu berkongsi. Tidak pernah berlaku dalam sejarah hampir semua orang mahu berkongsi sesuatu dengan orang lain. Terutamanya MAKLUMAT.

Kita tahu, orang yang mempunyai maklumat,  berkuasa.  Kuasa ini ujud apabila maklumat yang mereka sebarkan diterima dan dihargai oleh penerima. Semakin ramai penerima maklumat maka semakin besarlah pengaruh dan kuasa pemberi maklumat. Dalam kes ini blogger.

Di Malaysia, siapakah pada fikiran anda telah menjadi blogger yang berkuasa? Tentu sahaja ramai yang anda boleh namakan. Saya ingin mengambil contoh Sdr Irfan Khairi. Seorang anak muda yang telah menjadi Jutawan pada usia 25 tahun. Apakah yang beliau lakukan?

Beliau melakukan dengan cara menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai internet. Dengan kata lain menyampaikan maklumat.  Maklumat beliau sangat berharga. Tidak hairan jika pencari maklumat  rela membayar RM890.00 untuk satu hari Workshop Perniagaan Internet anjuran beliau- Wow! lumayan.

Sdr Irfan berjaya menjadi jutawan bukan dalam sekelip mata. Beliau mula berusaha di Internet semenjak usia 20 tahun. Pada usia 25 barulah beliau merasa hasilnya. Usaha!  inilah yang dikatakan USAHAWAN.

Apa kaitannya dengan tajuk Bekerjasama antara Bloggers? Jawapannya mudah.  Kebolehan anda bekerjasama  sesama blogger adalah usaha penting  menentukan anda berjaya atau sebaliknya di online. Bermula dengan bekerjasama, memberikan sokongan akhirnya membentuk  rangkaian.

Semakin banyak  kerja sama, semakin anda percaya dan menghargai  rangkaian anda. Semakin besar rangkaian anda, semakin besarlah peluang anda menyebarkan apa juga maklumat yang anda.  Lantas peluang anda untuk berkuasa  lebih terjamin.

2614830983_99deb2a509_m071

Saya telah melakukan eksperimen kerjasama dengan bloggers baru-baru ini.  Begini, saya menghadapi masalah  mendapatkan trainer bulan Mei dan Jun. Ini telah saya  terangkan dalam artikel terdahulu.

Biasanya apabila saya inginkan sesuatu dari komuniti Internet, saya akan masuk ke dalam beberapa forum popular spt webmastermalaysia, lowyat dsb.  Tetapi kali saya mengambil pendekatan berbeza. Saya cuba minta bantuan bloggers. Saya menghubungi mereka melalui e-mel.

Saya memilih 7 blogger dari katogeri blog Komputer dan IT Bahasa Melayu. Kebanyakan mereka ini baru saya kenal. Dalam tempoh 24 jam saya mendapat 5/7 respons. Kebanyakannya memberikan sokongan dan cadangan membina. Saya lihat kecenderungan berkerjasama di online lebih tinggi berbanding  offline. Lebih mudah membina rangakaian perniagaan atas talian.Contoh terbaik; saya mendapat sokongan sangat baik dari Waida.  Beliau iklas dan cuba membantu.  Beliau telah mengenalkan rakannya - freelance trainer.

Dalam dunia offline agak sukar mencari orang yang tidak kita kenal tetapi ingin membantu. Di online lebih mudah. Waida yang baru saya kenali sangup membantu.  Usaha beliau ini memyebabkan saya berfikir, ya, inilah satu rangkaian baru. Kebanyak orang memilih sahabat dalam rangkain untuk berurusan.  Bagi saya, Waida sudah masuk dalam rangakian perniagaan saya. Saya akan menyokong Waida apabila tiba masanya seperti mendpatkan produk & perkhimatan.  Saya menjadi usahawan (offline) semanjak tahun 1995.  Saya sangat faham peranan rangkaian dalam membantu mencapai objektik. Menjana pendapatan dalam perniagaan.

Kesimpulan;  membantu orang lain tidak pernah merugikan kita bahkan menguntungkan diri  sendiri. Oleh itu kepada semua rakan blogger marilah kita terus bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Jumpa lagi

Possibly Related Posts:


This post was written by:

admin - who has written 45 posts on Blog MindaSys.


Contact the author

10 Responses to “Mengapa Kerjasama Antara Blogger Perlu?”

  1. WaidaKmy says:

    Salam Zahari :)

    Secara kebetulan sebenarnya, saya pun kenal dengannya masa join gathering forum WangCyber.com

    Ini pendapat saya kenapa membina network di dunia online lebih mudah berbanding offline

    No string attached.Jika tidak sukakan emel dari seseorang, delete saja atau jangan balas (walaupun ini bukan perkara yang baiklah). Jika orang salahgunakan dan hantar emel Spam kepada kita pun, kita masih boleh ‘mark as spam’, tetapi bayangkan jika nombor telefon jatuh kepada orang yang salah? hehe..Walaupun tak perlu angkat, ia agak mengganggu jugalah

    Sebenarnya ada lagi, tapi dah lupa pula hehe

    Tetapi, memang diakui, saya pun lebih selesa berurusan di dunia online daripada dunia offline. Offline pun bergantung di mana situasi saya berada.

    Oh ya, terima kasih kerana menyokong saya dan sentiasa memberi komen di blog saya :)

    Semoga kita akan sentiasa saling sokong menyokong..Insya Allah

  2. zahari says:

    Waida,

    Terima kasih juga kepada saudari kerana sudi memberi komen di blog saya.

    Mudah tidak bererti senang. Banyak kerja blogger kena lakukan untuk membina rangkaian di online. Kita juga perlu teknik untuk membentuk rangkaian yang berkualiti dan akhirnya berhasil - jana pendapatan.
    Saya lihat saudari sedang menuju kearah ini, menjadi Problogger.

    Semoga terus cemerlang.

  3. WaidaKmy says:

    Zahari,

    Sama-sama :)

    Mudah yang saya maksudkan sebelum ini sebagai ‘convenient’ sebenarnya, tapi saya akui memang tak senang untuk membina hubungan yang berkualiti. Yang tak berkualiti itu yang senang :P

    Insya Allah, saya pun sedang usahakan ke arah itu :) di samping projek-projek lain hehe

  4. zahari says:

    Waida,

    Saya juga sedang merancang beberapa projek. Masih dalam peringkat awalan. Saya bercadang mengemukakan idea tersebut kepada saudari untuk mendapat pandangan - percambahan idea/brain storming.

  5. WaidaKmy says:

    Zahari,
    Owh, menarik tu hehe..boleh juga..saya pun ada beberapa idea yang saya terpaksa peram saja kebanyakannya..tak cukup facilities untuk laksanakannya..huhu

  6. aiereast says:

    saya sebenarnya sudah lebih tiga kali membaca artikel kali ni dan baru pada masa ni saya berkesempatan untuk memberi pendapat saya secara peribadi : )

    Saya setuju dengan apa yang bro Zahari perjelaskan. Walau dalam apa sebarang urusan, kerjasama sesama kita itu perlu supaya mendapat keputusan dan persetujuan.

    perkara ini saya telah lalui sepanjang saya menyertai persatuan di ipt dan memang tak dinafikan, kerjasama atau yang dikatakan bersatu itu penting supaya sesuatu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan mudah.

    benarlah pepatah melayu mengatakan, “bersatu teguh bercerai roboh” : )

  7. zahari says:

    Salam Waida,

    Terima kasih atas komen anda.

    Waida, idea yang saudari peram tu mungkin bernilai ribuan atau jutaan ringgit! Dari pengalaman (offline), saya lihat banyak idea yang kecil dan mudah menjadi realiti & besar, akhirnya menjadi kebangaan serta menjana pendapatan lumayan.

    Saya simpati kerana saudari kurang fasilities. Cuba saudari periksa semula, adakah BENAR kurang fasilities atau belum explore sepenuhnya cara mengatasi masalah “kurang fasilities”

    Idea pencetus kepada kejayaan. Walau bagaimana pun, mengikut pakar pengurusan, hanya 5% sahaja idea yang bernas, berjaya. Sebab itulah ramai di kalangan kita yang tidak berani untuk all out dengan idea mereka kerana takut gagal- orang ketawakan. Saya juga tidak terlepas dari masalah ini.

    Sebagai usahawan offline & online saya percaya kita perlu lalui proses ini, mungkin Waida bersetuju.

  8. zahari says:

    Salam Aiereast,

    Terima kasih kerana singgah & memberikan komen anda. Saya teruja bila mengetahui saudara membaca 3 kali artikel ini, rasa satu penghargaan di atas perhatian yang anda berikan.

    Dari hasil usaha & kerja anda, saya rasa anda telah memulakan langkah yang tepat kearah satu kejayaan besar di masa hadapan. Sikap positif dan serta memiliki ciri keusahawan sangat penting untuk meletakan diri kita dalam kelompok kecil sebagai orang yang berjaya.

    Yang lebih pentingnya anda telah mula diawal usia. Saya rasa usia Aiereast baru sahaja melepasi 20 tahun? Teruskan usaha anda, tentu ramai yang berbangga melihat anda terus mencapai kegemilanan dalam hidup - saya salah seorang dari mereka.

  9. rushdan says:

    Wow !! Amat hebat bekerjasama dengan blogger. Saya amat bersetuju. Kalau kita saling bekerjasama , semua kerja pasti senang

    Kalo ada masa,
    sila lah ke website saya
    http://mdrushdan.wordpress.com

    Salam perjuangan

    Rushdan

  10. zahari says:

    Terima kasih Rusjdan

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+