Pastikan fail index.html masih lagi dibuka pada tetingkap Document.
Pada panel CSS Styles, klik All (terdapat pada bahagian atas panel) untuk memahami fail CSS anda dengan lebih lanjut.

Klik tanda (+) sekiranya tag<style> belum lagi dibuka.
Klik pada arahan ‘body’.

Background-color mempunyai nilai #3F2F22, yang menunjukkan warna bagi latar belakang halaman web anda.
Seterusnya, klik tanda (+) sekiranya style.css belum lagi dibuka.

Klik pada arahan ‘p’.

Pada tetingkap Document, klik satu kali pada mana-mana perenggan yang telah anda format sebelum ini.

Pada panel CSS Styles, klik Current pada bahagian atas panel dan fahami CSS fail anda. Mod Current menunjukkan maklumat tentang pilihan semasa anda.
Membuat satu arahan CSS baru
Pada panel CSS Styles, klik New CSS Rule pada bahagian kanan bawah panel.

Pada tetingkap New CSS Rule, pilih Class (untuk selector type).
Masukkan .bold pada kotak nama.
Pastikan anda telah menaip (.) sebelum perkataan bold. Semua style kelas mestilah bermula dengan noktah.

Pastikan juga yang style.css telahpun dipilih dari menu pop-up.
Klik OK.
Tetingkap CSS Rule Definition akan muncul sebaik sahaja anda klik OK.
Pada tetingkap tersebut, pilih
Font : Verdana, sans-serif
Size: 11, pilih Pixels
Line Height: 18, Pixels
Weight: Bold
Color: #011774
Klik OK. Klik All pada bahagian atas panel CSS Styles.

Klik butang (+) sekiranya style.css belum lagi dibuka.
Anda akan melihat fail halaman web anda akan kelihatan seperti berikut.
.bold class style telahpun dimasukkan bersama ke dalam senarai yang telah didefinisikan dalam ‘external style sheet’.
Possibly Related Posts:







