Anda akan diperkenalkan dengan cara-cara untuk membuat fail style sheet yang mengandungi arahan-arahan CSS tertentu untuk membuat satu stail bagi teks perenggan.
Pilih File > New.
Kemudian, dalam tetingkap New Document, pastikan kategori Blank Page dipilih, pilih CSS (untuk Page Type) dan klik Create.

Simpan fail sebagai style.css.
Taip kod berikut dalam style sheet tersebut.
p{
font-family: Verdana, sans-serif; font-size: 11px;
color: #000000;
line-height: 18px;
padding: 3px;
}
Simpan fail anda.
Membuat pautan style sheet kepada halaman web
1. Dalam tetingkap Document, buka fail index.html.
2. Pilih teks daripada perenggan pertama seperti dalam gambarajah di bawah.

3. Pada Property Inspector, pastikan bahawa perenggan yang dipilih tadi telah diformat dengan tag paragraph.

4. Ulangi langkah ketiga untuk perenggan kedua.
5. Pada panel CSS Styles (Window > CSS Styles), klik butang Attach Style Sheet (lihat gambarajah).

6. Pada tetingkap External Style Sheet, klik Browse dan cari fail style.css yang telah anda
buat sebelum ini.

7. Klik OK.

Simpan fail anda.
Possibly Related Posts:







