Pada tutorial yang lepas, kita telah membuat satu style kelas yang baru, dan kali ini kita akan mengaplikasikan style kelas tersebut kepada teks yang terdapat pada halaman web.
Pada tetingkap Dokumen, pilih ‘Welcome to Kuching,Sarawak’.
Pada tetingkap Property Inspector, pilih bold daripada menu pop-up.

Style tersebut telahpun diaplikasikan kepada teks yang telah dipilih tadi. Seterusnya, pilih ayat ‘Best of Kuching’ dan ulangi langkah-langkah seperti di atas.

Simpan fail anda.
Membuat format ke atas teks navigasi bar
Untuk bahagian ini, kita akan membuat arahan atau ‘rule’ yang baru untuk navigasi bar.
Buka fail style.css anda semula.

Sila tambah arahan (rule) yang baru dengan menaip kod tersebut selepas style .bold.
.navigation {
}
Kod baru anda akan kelihatan seperti berikut.

Simpan fail style.css anda.
Kemudian anda akan menambah beberapa ciri untuk arahan .navigation.
Pada panel CSS Styles, pastikan mod ‘All’ telah dipilih. Pilih arahan .navigation dan klik pada ikon Edit Style yang terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan panel.

Pada tetingkap ‘CSS Rule for .navigation’, isikan dengan pilihan berikut:
Font: Georgia
Size : 14
Style: Normal
Weight: bold
Decoration: none
Warna: #FFFFFF

Klik OK.
Sekarang anda akan menggunakan panel CSS Styles untuk menambah beberapa ciri lain pada arahan .navigation.
Pada panel CSS Style, pastikan arahan .navigation telah dipilih terlebih dahulu dan klik Show List View.
Show List View bertujuan untuk memaparkan senarai semua ciri arahan dalam susunan abjad.
Pada ciri background-color, klik pada bahagian tersebut dan masukkan nilai #6b4627 dan tekan Enter.

Cari display dan pilih block daripada menu pop-up.
Cari padding dan isikan nilai 8px, tekan Enter. Kemudian untuk width, isikan nilai 140 dan tekan Enter.
Klik Show Only Set Properties untuk memaparkan ciri-ciri yang telah anda pilih tadi.

Anda akan lihat bahawa Dreamweaver telahpun menambah kesemua ciri-ciri yang anda telah set sebentar tadi.
Simpan fail anda dan tutup fail tersebut.
Possibly Related Posts:







