Buka fail index.html, dan klik pada ayat Best of Kuching pada bahagian kiri laman web tersebut.

Pada tag selector, klik pada bahagian paling kanan, iaitu tag <a>.
Tindakan ini untuk memilih kesemua teks yang berada dalam tag<a>, atau pautan.

Pada tetingkap Property Inspector, pilih navigation dari menu pop-up Class.

Kelihatan teks Best of Kuching telahpun berubah mengikut spesifikasi yang terdapat pada kelas navigation.

Ulangi langkah-langkah seperti di atas untuk pautan-pautan individu pada bar navigasi.

Simpan fail anda.
Menambah kesan Rollover pada navigasi
Seterusnya anda akan menambah kesan rollover pada warna latarbelakang pada bar navigasi agar berubah apabila pointer tetikus melalui salah satu daripada pautan tersebut.
Untuk menambah kesan rollover, tambah satu arahan baru yang mengandungi kelas-pseudo :hover.
Buka fail style.css.
Pilih kesemua arahan .navigation.

Tekan (Ctrl+C) untuk menyalin kesemua teks tersebut.
Kemudian, tekan Ctrl+V, tetapi sebelum itu pastikan kursor anda berada di bahagian hujung arahan .navigation. Lihat gambar rajah.

Tambah :hover pada selector .navigation.

Pada arahan .navigation:hover, gantikan nilai #6b4627 dengan nilai #161310.
Simpan fail dan tutup fail tersebut.
Buka fail index.html dan lihat laman web tersebut pada browser (File>Preview in Browser). Anda boleh mencuba untuk menukar warna teks iaitu dengan hanya menukar nilai yang terdapat pada fail CSS.

Possibly Related Posts:







