Pengenalan
Flash merupakan aplikasi digunakan untuk membina aplikasi untuk web, cd, antaramuka pengguna, animasi, dan sebagainya.
Anda boleh muat turun perisian ini dari halaman web Adobe iaitu : http://www.adobe.com
Install perisian tersebut setelah selesai muat turun dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan pada skrin computer anda.
Memulakan perisian Flash
Klik Start pada taskbar, tujukan anak panah pada All Programs, kemudian cari perisian Adobe Flash.

Memahami tetingkap Flash
- Document Window - memaparkan dokumen Flash, termasuk Edit Bar, Timeline dan Stage
- Stage - menyediakan ruang untuk membuat kandungan bagi frame individu, termasuk menguruskan grafik
- Edit Bar - memaparkan editing mode serta membenarkan anda untuk bertukar ‘Scene’
- Timeline - memberikan visual yang mewakili frame, layer, scene yang terdapat pada dokumen
- Property Inspector - memaparkan maklumat tentang ciri-ciri & atribut bagi elemen grafik dan juga tool
- Workspace Switcher - memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih persekitaran yang dikehendaki
- Toolbar atau Tools Panel - mengandungi tool melukis dan lain-lain untuk membuat dan memanipulasi grafik.

Membuat Dokumen Baru
Klik menu File, kemudian New.
Klik tab General & pilih FlashFile (Actionscript 3.0). Terdapat pilihan lain yang diberikan untuk kemudahan pada pengguna. Klik OK.

Menukar Document Properties
Buat dokumen baru.
Klik menu Modify, kemudian Document.
Untuk menukar dimensi Stage, buat salah satu daripada berikut:
- · Menukar saiz dalam pixel : Masukkan nilai utk Width dan Height. Saiz yang telah ditetapkan adalah 550×400 pixel.
- · Menukar saiz ke ‘default setting’ : Klik Default
- · Menukar saiz ke ruang yang sama rata mengelilingi kandungan : Klik Contents
- · Menukar saiz ke ruang cetak paling maksimum : Klik Printer
Klik kotak Background Color dan pilih warna.
Masukkan kadar frame. Default adalah 12fps.
Klik OK.

Menyimpan Document
Klik File > Save.
Namakan fail anda dan simpan. Fail anda akan disimpan dengan nama contoh.fla .fla merupakan format fail Flash di mana anda boleh membuat sebarang perubahan pada fail anda.

Mencari maklumat melalui Help
Anda boleh klik Help pada menu atau tekan F1.

Possibly Related Posts:







