1) Menggunakan Timeline
Timeline mewakili struktur keseluruhan sesebuah dokumen Flash dan mengawal kandungan. Timeline mengandungi layer, frame, dan scene yang kemudiannya akan membentuk dokumen Flash.

Menukar Paparan Timeline
Untuk menukar saiz paparan timeline, tarik bar yang memisahkan nama layer dan frame.

Menukar paparan frame pada Timeline
Klik pada butang Frame View pada Timeline.
Terdapat beberapa pilihan iaitu Tiny, Small, Normal, Medium, Large.

2) Menggunakan Layer
Membuat Layer Baru
Klik pada layer, kemudian klik butang Insert Layer yang terdapat pada bawah Timeline.

Membuat Folder Baru
Klik pada layer, kemudian klik pada butang Insert Layer Folder. Folder baru akan muncuk pada atas layer yang dipilih.

Menamakan Layer
Klik dua kali pada layer untuk menamakan layer.

Membuang Layer yang tidak diperlukan
Klik pada layer yang anda ingin buang. Klik butang Delete Layer yang terdapat pada bawah Timeline.

Melihat Layer
Klik pada ikon Mata untuk menyembunyikan atau memaparkan semula layer.

3) Membuat Frame
Memasukkan Frame
Klik pada lokasi frame pada Timeline, Klik menu Insert > Timeline > Frame.


Membuang Frame yang tidak dikehendaki
Klik pada frame yang anda ingin buang. Klik menu Edit > Timeline > Remove Frame.

4 )Workspace Switcher
Pada versi Flash kali ini, anda diberi pilihan untuk bertukar ruang kerja yang anda rasakan sesuai dan selesa.
Ruang Kerja Classic

Ruang Kerja Designer

Ruang Kerja Essentials

Possibly Related Posts:







