Hanya beberapa bulan yang lalu, orang bercakap bagaimana blog bergitu berkesan dalam membina rangkaian perniagaan dan menjana pendapatan.
Meraka tidak menggunakan blog sebagai mencari pendapatan tambahan tetapi mereka berkeja sepenuh masa dan memperolehi pendapatan lumaya.
Hari ini, senario sudah berubah. Ianya bergitu pantas. Ramai yang sudah mengatakan era kegemilangan blog sudah mula hilang sinar. Pudar dek kerana kehadiran laman social networking seperti Facebook dan ratusan lain yang sama dengannya. Ini ditambah lagi dengan kehadiran twitter yang menjadikan komunikasi semakin mudah dan berkesan.
Ramai percaya, komunikasi adalah alat yang sangat berkuasa untuk mencipta kejayaan. Dalam dunia apa sekalipun; Politik, Perniagaan, Keusahawanan, Agama dan lain-lain, kunci kepada segala kejayaan ialah komunikasi yang berkesan.

Darren Rowse
Jika dahulu hanya satu pihak sahaja yang boleh bercakap kepada kita tetapi hari kita juga mahu bercakap kepada mereka. Sekarang orang mahukan perhubungan dua hala - berdailog.
Menurut laporan, dianggarkan pada hari ini terdapat 250,000,000 pengguna Facebook. Satu potensi market yang sangat besar. Tools yang dibangunkan bersama Facebook sangat menyokong pelbagai bentuk komunikasi. Inilah yang mendorong pelbagai pihak untuk membuat marketing di Facebook, mencipta satu revolusi baru dalam marketing – Facebook Marketing.
Setuju dengan artikel pasal Facebook Marketing. Ia merupakan satu kaedah yang berjimat & berhemat. Tapi ia memerlukan komitmen yang lebih sikit jika dibandingkan dengan pemasaran konvensional. Saya baru sahaja menghadiri satu latihan di Tamana Desa berkaitan Faceface Marketing ni. Ia memberi fokus kpd bisnes yang dijalankan di Malaysia. Sangat berkesan/
Dua artikel di blog saya memberi reaksi kepada sesi latihan tersebut. Kalau nak baca, klik pautan di bawah:
http://harlymyeo.blogspot.com/2009/07/program-latihan-sales-20-marketing-20.html
http://harlymyeo.blogspot.com/2009/08/calling-to-newbies-step-by-step-course.html
Harlym,
Terima kasih atas pandangan tuan. Saya sudah melawati kedua-dua link yang tuan berikan-bahan bacaan yang menarik.
Saya juga telah hadiri briefing yang di berikan oleh Vincent dari JeVince selama hampir 3 jam. Ianya berbaloi. Saya sudah memberi komitmen menyertai program beliau.
Menarik