Melukis menggunakan ‘Line Tool’
Klik Line Tool yang terdapat pada toolbar.
Klik dan tarik pada Stage, kelihatan satu garisan pada stage tersebut.

Melukis menggunakan ‘Pencil Tool’
Klik Pencil Tool yang terdapat pada Toolbar.
Pointer akan berubah menjadi ikon pensel.
Lukis bentuk pada stage dengan menggunakan pensel .

Pada panel sebelah kanan, terdapat beberapa pilihan untuk pensel yang boleh anda ubah.

Melukis bentuk menggunakan Oval & Rectangle Tool
Klik Oval Tool yang terdapat pada Toolbar.

Pilih warna Stroke (garisan di luar bulatan) dan Fill (iaitu warna dalam bulatan). Untuk contoh ini saya telah memilih warna hitam sebagai Stroke dan warna biru sebagai Fill.

Untuk mendapat bentuk bulatan yang tepat, tekan Shift dan tarik Oval tool.

Klik Rectangle Tool yang terdapat pada toolbar. Pilih warna Stroke (garisan di luar bulatan) dan Fill (iaitu warna dalam segiempat). Untuk contoh ini saya telah memilih warna hitam sebagai Stroke dan warna biru sebagai Fill.
Pilih garisan yang terdapat pada segiempat dengan menggunakan Arrow tool. Kemudian, klik dua kali untuk memilih keseluruhan garisan tersebut.

Anda boleh mengubah bentuk bucu segiempat tersebut. Klik pada Join, yang terdapat pada panel sebelah kanan. Terdapat beberapa pilihan iaitu Miter, Bevel dan Round.

Anda juga boleh mengubah nilai-nilai seperti Stroke, Style dan Scale.
Memilih Stroke dan Fill dengan menggunakan Arrow Tool
Klik Arrow Tool, kemudian tarik dari kiri ke kanan, pastikan anda memilih keseluruhan iaitu stroke dan fill.

Sekiranya, anda mahu memilih bahagian Fill sahaja, klik pada bahagian fill dengan menggunakan Arrow Tool.

Menukar warna Fill dengan menggunakan Paint Bucket
Anda juga boleh menukar warna Fill dengan menggunakan Paint Bucket selain daripada menggunakan panel Properties yang terdapat pada sebelah kanan.
Tukar warna fill terlebih dahulu, iaitu dari warna biru ke warna ungu.

Kemudian, klik Paint Bucket tool dan klik pada kawasan Fill. Warna di dalam kotak akan berubah menjadi warna ungu.

Menggunakan Free Transform Tool untuk mengubah bentuk
Buat segiempat pada stage dengan menggunakan Rectangle Tool. Kemudian, pilih keseluruhan segiempat dengan menggunakan Arrow Tool.
Klik pada Free Transform Tool.
Anda diberi beberapa pilihan iaitu, Rotate and Skew, Scale, Distort dan Envelope.

Klik ikon Skew, kemudian drag ikon skew pada segiempat tadi sehingga anda mendapat bentuk seperti di bawah.

Klik ikon Distort, kemudian tarik salah satu bucu segiempat tadi sehingga ia menjadi seperti bentuk di bawah.

Hasil selepas Distort

Possibly Related Posts:







