Menghasilkan Teks Statik
Klik pada Text Tool yang terdapat pada toolbar.
Klik pada mana-mana bahagian pada stage untuk memulakan kotak teks.
Taip teks anda. Apabila selesai, klik pada mana-mana bahagian pada Stage, luar kotak teks.

Menghasilkan kotak teks
Klik Text tool yang terdapat pada toolbar. Kemudian tarik tool tersebut pada stage untuk menghasilkan satu kotak teks yang kosong.
Taip dalam kotak teks tersebut, sekiranya ayat yang ditaip panjang, kotak tersebut secara automatik akan beralih ke bawah seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

Menukar jenis font, saiz dan warna
Pilih teks yang ingin ditukar dengan menggunakan Arrow Tool.
Pilih font yang terdapat pada Property Inspector dan kemudian, pilih saiz font.

Klik pada kotak warna untuk menukar warna font. Pilihan warna akan muncul untuk memudahkan anda menukar warna.

Menukar orientasi font
Klik Text tool yang terdapat pada Toolbar. Tarik Text tool sehingga mendapat satu kotak teks yang kosong.

Taip teks dalam kotak tersebut. Anda boleh menukar orientasi teks daripada Horizontal kepada Vertical.
Terdapat pilihan pada panel sebelah kanan.

Perubahan teks apabila pilihan seperti berikut dibuat :
Vertical left to right

Vertical right to left

Menukar alignment teks
Anda boleh menukar alignment teks dengan memilih salah satu daripada ikon alignment teks yang terdapat pada panel sebelah kanan

Menukar karakter dengan menggunakan Break Apart
Klik pada teks anda, kemudian klik Modify > Break Apart.


Klik pada mana-mana bahagian stage, dengan menggunakan Arrow Tool, klik pada abjad yang anda ingin tukar kedudukan.

Possibly Related Posts:







