Menghasilkan Group
Pilih grafik pada stage yang anda ingin hasilkan sebagai Group.
Pada Stage, terdapat tiga bentuk yang telah dibuat terlebih dahulu iaitu, satu segiempat dan tiga bulatan kecil.

Untuk memilih ketiga-tiga gambar, gunakan Arrow Tool.

Klik menu Modify > Group.

Anda akan lihat satu garisan biru di luar ketiga-tiga bentuk tadi. Ini menandakan bahawa ketiga-tiga bentuk tersebut telahpun diletak dalam satu Group.

Untuk memisahkan ketiga-tiga bentuk tadi, pastikan group tadi masih dipilih.
Kemudian, klik menu Modify > Ungroup.

Menggunakan Library
Library adalah di mana aset-aset yang digunakan pada movie Flash anda disimpan.

Gambar di bawah adalah salah satu contoh fail Flash yang mempunyai Library.


Menghasilkan Symbol
Klik menu Insert > New Symbol.

Taip nama untuk simbol.

Pilih jenis Behavior dan klik OK.

Menukar grafik menjadi simbol
Anda juga boleh menukar grafik menjadi simbol.
Pada contoh ini, segiempat berwarna hijau akan ditukar menjadi simbol.



Menukar simbol dan behavior
Buka panel Library.
Pilih simbol dalam library, kemudian pilih ikon Properties pada bahagian bawah tetingkap Symbol.

Tukar simbol dari button ke movie clip.
Simbol akan menunjukkan ikon yang berbeza.
Possibly Related Posts:







