Menghasilkan Button Symbol
Klik menu Insert dan klik New Symbol.
Pilih Button dan klik OK.

Buat satu bulatan kecil seperti dalam gambar rajah.

Ini mewakili butang untuk keadaan Up.
Klik Insert > Timeline dan klik Keyframe untuk menambah keyframe pada frame kedua (keadaan Over).

Ubah warna bulatan dari hijau menjadi biru.

Klik Insert > Timeline dan klik Keyframe untuk menambah keyframe pada frame ketiga(keadaan Down).

Ubah warna bulatan dari biru menjadi merah

Klik Insert > Timeline dan klik Keyframe untuk menambah keyframe pada frame keempat(keadaan Hit).
Untuk keadaan ini, warna bulatan tidak akan ditukar.
Klik semula Scene untuk kembali kepada Stage.

Drag simbol ke Stage.

Kemudian klik Control > Test Movie.


Menghasilkan ‘Invisible Button’
Instance ‘Invisible Button’ akan kelihatan sebagai bentuk yang berwarna biru pada Timeline, tetapi tidak akan kelihatan pada movie yang dieksport.
Klik menu Insert > New Symbol. Klik Button dan Klik OK.
Klik menu Insert > Timeline dan klik Keyframe untuk menambah keyframe pada frame keempat.
Buat satu bulatan kecil. Kemudian kembali semula pada Stage.
Drag Simbol tadi ke Stage.

Menukar putaran dan saiz bentuk
Pilih instance yang terdapat pada Stage
Klik ikon Free Transform Tool yang terdapat pada Toolbar.

Anda juga boleh mengubah bentuk putaran dan saiz melalui menu Modify > Transform. Terdapat beberapa pilihan yang anda boleh cuba.


Menukar warna Instance
Sebelum menukar warna Instance, Terlebih dahulu anda perlu mengubah bentuk tersebut menjadi simbol grafik.
Klik pada panel Properties simbol tersebut. Terdapat menu drop-down.

Anda boleh mencuba pilihan tersebut. Contoh di bawah adalah untuk pilihan Alpha.



Possibly Related Posts:







