ICT dan internet telah merubah secara besar-besaran cara kita berkomunikasi dan berinteraksi diantara satu sama lain. Ia juga telah mengubah cara usahawan berkomunikasi dengan pelanggan dan bakal pelanggan mereka.
Dalam siri ini, kita akan membincangkan bagaimana usahawan boleh mendapat hasil berganda dari potensi komunikasi berasaskan Teknologi Web 2.0. Kami juga mahu menunjukan bagaimana teknologi ini boleh memberi faedah besar kepada organisasi Politik, NGO, Konsultant, Pendakwah, Pemuzik dan lain-lain.
Teknologi Web 2.0 membolehkan anda bercakap terus kepada pelanggan dan pembeli. Merekalah yang akan menyokong terus perniagaan anda. Dengan teknologi ini, anda boleh menyampaikan mesej perniagaan terus kepada kumpulan sasaran pasaran anda tanpa perlu peruntukan besar melalui keadah pengiklanan konvensional.
Adalah lebih baik menyampaikan mesej perniagaan anda terus kepada bakal pelanggan daripada melakukan kempen pengiklanan besar-besaran kepada umum. Kaedah tradisi pengiklanan ini berkemungkinan besar tidak diberikan perhatian oleh bakal pembeli produk atau perkhidmatan syarikat anda. Dengan kata lain, lebih baik fokuskan usaha menyampaikan mesej anda tepat kepada mereka yang anda mahu dan pada masa yang betul.
Apabila orang melawat laman web anda, mereka bukan lagi mahu mendengar slogan ataupun melihat logo syarikat anda – mereka mahukan maklumat, interaksi dan pilihan. Adakah anda sudah memenuhinya?
Siri ini akan mencungkil rahsia atau kaedah keusahawan terkini. Kita mahu membincangkan bagaimana berkuasanya internet, mengenal pasti pelanggan, mencipta mesej berkesan di atas talian, menghantar mesej kepada orang yang betul dan akhirnya memandu arah pelanggan ke proses membeli.
Siri ini ditujukan kepada usahawan pintar yang mahu berkomunikasi secara langsung dengan pembeli barangan dan perkhidmatan mereka. Yang mahu menyerlahkan kehadiran mereka di atas talian dan akhirnya meningkatkan jualan.
Kami percaya, Usahawan Baru yang menguasi Teknologi Web 2.0 mampu mengembangkan perniagaan dan berada di hadapan pesaing mereka. Jadi, jika anda mahu menjadi Usahawan Baru, berjaya dan bergaya, mulakan usaha anda mengusai teknologi web 2.0 sekarang.

Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas kepada kandungan artikel ini. Kami percaya, proses pembelajaran dua hala adalah kaedah terbaik pada masa ini. Marilah kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk melahirkan Usahawan Baru.
Jumpa lagi di artikel akan datang, salam.
Possibly Related Posts:
- KELAB ICT MALAYSIA: Rahsia USAHAWAN 2.0 – Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.3)
- Rahsia USAHAWAN 2.0 – Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.2)
- Facebook Marketing!!!
- Kursus Adobe Illustrator CS4 – SUK Terengganu
- Blogger Komp & IT; Berapa Banyak Anda Sudah Jana Pendapatan dari Blog?








