1. Buat satu dokumen Flash yang baru.
2. Klik frame pertama untuk memilihnya.
3. Klik tool Oval yang terdapat pada toolbar.
4. Klik Stage dan drag untuk membuat satu bulatan.

5. Klik frame kedua untuk memilihnya.
6. Klik menu Insert>Timeline>Keyframe.
(ataupun tekan F6 untuk memasukkan keyframe)

7. Pilih keyframe yang kedua dan drag bulatan tersebut sedikit ke kanan.

8. Pilih frame ketiga dan ulangi langkah no.6.
9. Pilih keyframe ketiga dan drag bulatan tersebut sedikit ke kanan.

10. Ulangi langkah untuk menambah keyframe sehingga ke bahagian kanan Stage.

11. Klik Control>Test Movie untuk melihat animasi tadi.
12. Animasi Frame by Frame sangat sesuai jika anda ingin membuat pergerakan dalam bentuk kartun.
Possibly Related Posts:







