Anda juga boleh mengimport hasil seni dalam format berlainan untuk digunakan pada movie Flash. Antaranya adalah :
- fail Adobe Illustrator (.eps, .ai, .pdf)
- Bitmap (.bmp)
- GIF dan GIF animasi (.gif)
- JPEG (.jpg)
- PNG (.png)
- Flash Player (.SWF)
- Windows Metafile (.wmf)
Terdapat beberapa pilihan untuk mengimport grafik.

Anda boleh mengimport fail terus ke Stage ataupun disimpan terlebih dahulu di dalam Library.
Pilih Import to Library.

Pada window Library, terdapat imej yang telah diimport.


Untuk menggunakannya, anda boleh tarik imej yang telah diimport tadi ke Stage dan pada layer yang telah anda tetapkan.
Possibly Related Posts:
- Publish Movie dalam Flash
- Memasukkan Audio
- Membuat Galeri Imej
- Membuat Mask
- Membuat Animasi ‘Frame by Frame’







