Anda boleh membuat layer mask untuk menunjuk dan menyembunyikan sebahagian daripada animasi yang terdapat pada Stage. Mask berfungsi sebagai sebuah tingkap yang menghalang kesemuanya, tetapi anda boleh membuat sebuah animasi untuk kelihatan pada sesetengah kawasan yang anda tetapkan.
Buat satu layer baru pada Timeline atau gunakan layer yang telah sedia ada.
Layer yang anda pilih akan ditukarkan menjadi mask. Jika anda mahu membuat mask pada layer yang dipilih, buat satu layer baru atas layer ini dan pilih layer tersebut.
Klik menu Modify > Timeline > Layer Properties.

Klik pilihan Mask daripada senarai Layer Type dan klik OK.

Satu icon mask berwarna biru akan kelihatan pada layer.

Klik layer di bawah layer mask, kemudian tarik layer tersebut ke layer mask untuk membuat pautan.

Melukis Mask
Klik untuk memilih layer mask. Pada layer ini, lukis bentuk segiempat.

Kemudian, pada frame ke-20 layer yang sama, klik kanan dan pilih Insert Frame.

Pada layer kedua, buat bentuk bulatan. Pada frame ke-20 pada layer yang sama, Insert Keyframe.


Klik frame ke-20, layer kedua. Kemudian klik pada bulatan yang terdapat pada Stage, alihkan bulatan tersebut ke kanan. Klik pada mana-mana frame yang terdapat pada Layer 2, klik kanan dan pilih Create Classic Tween.


Klik Control menu > Test Movie.

Membuang Mask
Klik pada layer mask untuk memilih, klik menu Modify> Timeline > Layer Properties. Pilih Normal daripada senarai Layer Type.

Klik OK. Layer Mask tadi telah ditukarkan semula ke Normal.
Possibly Related Posts:
- Publish Movie dalam Flash
- Memasukkan Audio
- Membuat Galeri Imej
- Import Grafik
- Membuat Animasi ‘Frame by Frame’







